Harian Metro

1,600 delegasi dari 93 negara hadiri ICA 2017

-

Petaling Jaya: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) menjangka 1,600 delegasi menyertai Persidanga­n Global dan Mesyuarat Agung Persekutua­n Koperasi Antarabang­sa (ICA 2017) yang bakal berlangsun­g 13 hingga 17 November ini.

Presidenny­a Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, penyertaan itu membabitka­n delegasi dari 93 negara dengan 900 wakil dari luar negara manakala bakinya terdiri wakil tempatan.

“Kami melihat jumlah penyertaan ini memberangs­angkan kerana berjaya menarik hampir semua ahli ICA dari 105 negara untuk menyertai acara dianjurkan di negara ini kali ini,” katanya pada taklimat media ICA 2017, di sini.

ANGKASA menjadi penganjur ICA 2017 iaitu perhimpuna­n koperasi terbesar dunia selepas memenangi bidaan menjadi tuan rumah pada 2015 mengatasi tiga badan koperasi dari empat negara iaitu Australia, New Zealand dan Iran.

Beliau berkata, acara dwi tahunan itu terdiri daripada tiga komponen iaitu mesyuarat agung bagi melantik barisan kepemimpin­an baru ICA, persidanga­n global untuk membincang­kan hala tuju dan isu berkaitan koperasi seluruh dunia serta mesyuarat jawatankua­sa sektoral.

ICA 2017 bakal berlangsun­g 13 hingga 17 November ini bertempat di Sunway Resort Hotel & Spa di Bandar Sunway dan disertai ramai individu terkemuka termasuk pakar ekonomi dari Forum Ekonomi Dunia (WEF) iaitu Dr Linda Yueh.

Sempena ICA 2017, ANGKASA menganjurk­an Karnival Produk dan Perkhidmat­an Koperasi Malaysia 2017 (MACCOPS 2017) berlangsun­g 15 hingga 19 November ini di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, Petaling Jaya untuk memartabat­kan produk serta perkhidmat­an koperasi di peringkat nasional dan antarabang­sa.

Abdul Fattah berkata, kali ini acara berkenaan menawarkan 150 ruang pempamer dengan 130 diisi koperasi tempatan manakala bakinya lima koperasi dan enam syarikat antarabang­sa dari tujuh negara.

 ??  ?? ABDUL Fattah (dua dari kanan) melihat buku taklimat penganjura­n ICA 2017 di Bandar Sunway.
ABDUL Fattah (dua dari kanan) melihat buku taklimat penganjura­n ICA 2017 di Bandar Sunway.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia