Harian Metro

Tangkap bini militan

- Reuters

 Wanita Indonesia ditahan dengan bahan membuat letupan

Pihak keselamata­n Filipina menahan isteri pemimpin militan Daish yang merancang dan mengetuai serangan terhadap Bandar Marawi, kata pihak berkuasa.

Ketua Polis Filipina Ronald dela Rosa berkata, wanita itu ditahan dalam serbuan di rumahnya di Bandar Iligan dan pihaknya merampas pelbagai bahan membuat letupan daripada wanita terbabit, Minhati Madrais.

Katanya, dalam serbuan itu juga, Minhati bersama enam anaknya di rumah.

“Semua anak yang masih bawah umur akan diserahkan kepada jabatan kebajikan sosial,” katanya.

Menurutnya, wanita itu berdepan tuduhan memberonta­k dan memiliki alat letupan secara haram.

Menurutnya, Minhati antara 100 individu yang diarahkan penahanan oleh Setiausaha Pertahanan, Delfin Lorenzana selepas Presiden Rodrigo Duterte melaksanak­an undang-undang tentera pada 23 Mei lalu.

Katanya, wanita itu turut melanggar satu lagi undang-undang kerana pasportnya didapati tamat tempoh.

Bulan lalu, Duterte mengisytih­arkan Bandar Marawi bebas daripada militan Daish selepas dua pemimpinny­a termasuk suami wanita itu, Omarkhayam, terbunuh.

Pihak tentera menamatkan operasi seminggu kemudian selepas pertempura­n lima bulan yang mengorbank­an lebih 1,100 orang termasuk 165 anggota tentera.

Timbalan Komander Pasukan Khas Ranao, Kolonel Romeo Brawner memberitah­u wartawan, sehingga kini tembakan masih kedengaran di bandar Marawi dan pihaknya akan terus memburu anggota militan terbabit.

“Kami masih lagi memburu saki-baki mereka. Kita tidak mempunyai maklumat mengenai berapa ramai lagi anggota militan yang tinggal, namun kita akan memburu mereka,” katanya.

Dia menganggar­kan 39 anggota militan masih bersembuny­i di situ berdasarka­n maklumat daripada militan Indonesia yang ditahan.

Komander baru tentera, Leftenan Jeneral Rey Leonardo Guerrero berkata, pihaknya akan bekerjasam­a rapat dengan Indonesia dan Malaysia untuk menyelaras­kan rondaan di laut serta udara sepanjang sempadan tempat berlakunya penculikan serta serangan.

“Kita ingin meningkatk­an kekerapan rondaan dengan negara jiran untuk menghentik­an serangan lanun dan militan di kawasan ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia