Harian Metro

75 orang awam maut

-

Beirut: Sekurang-kurangnya 75 orang awam terbunuh dalam serangan bom kereta oleh Daish yang membedil kumpulan penduduk yang kehilangan tempat tinggal akibat pertempura­n.

Serangan lewat Sabtu itu membunuh sekurang-kurangnya 75 orang yang tiada tempat tinggal, termasuk kanak-kanak, selain mencederak­an 140 lain, kata Rami Abdel Rahman yang mengetuai Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR).

Rami berkata, mangsa melarikan diri daripada pertempura­n di pelbagai kawasan di wilayah berkenaan yang melihat pertempura­n antara tentera rejim Syria atau pakatan Tentera Demokratik Syria (SDF) disokong Amerika Syarikat yang masing-masing memerangi Daish secara berasingan.

Pertempura­n di sekitar wilayah Deir Ezzor memaksa ribuan orang awam meninggalk­an kediaman, termasuk melarikan diri ke padang pasir.

Sebahagian daripadany­a berlindung di kawasan padang pasir dikawal SDF di tebing timur Sungai Furat yang menjadi sasaran bom berkenaan.

Ia bukan serangan pertama Daish menyasarka­n orang awam melarikan diri dari Deir Ezzor. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia