Harian Metro

Amaran Trump jaga mulut

-

Seoul: Korea Utara semalam memberi amaran supaya Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang ‘tak stabil’ tidak membuat ‘kenyataan melulu’ dalam pada pemimpin itu memulakan lawatan ke negara Asia dengan diselubung­i ancaman nuklear Pyongyang.

Akhbar parti pemerintah, Rodong Sinmun melaporkan bahawa rakyat Amerika mahu presiden mereka itu dikenakan prosiding dakwaan kerana kata-kata dikeluarka­n ‘Trump yang mengalami ketakstabi­lan kerohanian’ mampu membawa bencana nuklear ke tanah besar AS.

Rodong Sinmum memetik Pengerusi Jawatankua­sa Hubungan Luar Senat, Bob Corker dan pegawai lain mengatakan Trump meningkatk­an ketegangan dengan Korea Utara.

“Tetapi presiden itu masih tidak sedar sebaliknya mencucuk Korea Utara dengan kenyataan bodohnya. Jika AS tersilap menganggar­kan kekuatan Korea Utara dan bertindak melulu, tiada pilihan selain membalas dengan hukuman menggunaka­n semua tenaga yang ada pada kita,” kata akhbar itu dalam laporan yang turut disiarkan agensi berita rasmi KCNA.

Trump yang tiba di Tokyo semalam berkata, ‘tiada diktator yang patut memandang

rendah keupayaan AS’ yang jelas merujuk kepada Korea Utara.

Trump yang juga akan melawat Korea Selatan minggu ini terbabit dengan perang kata-kata yang semakin memburuk dengan pemimpin Pyongyang, Kim Jong-Un termasuk saling melemparka­n ancaman dan hinaan.

- AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia