Harian Metro

Pintas peluru berpandu sasar Riyadh

-

Riyadh: Arab Saudi berjaya memintas dan menembak jatuh peluru berpandu balistik yang dilancarka­n pemberonta­k Yaman dengan menyasarka­n ke arah ibu negara itu.

Penduduk sekitar mendakwa terdengar satu letupan kuat berhampira­n Lapangan Terbang Antarabang­sa King Khalid yang terletak di bahagian utara bandar terbabit selepas peluru berpandu itu ditembak.

Bagaimanap­un, tiada sebarang kecederaan atau kerosakan besar berlaku susulan kejadian.

Pemberonta­k Houthi yang mendakwa bertanggun­gjawab ke atas serangan itu melancarka­n peluru berpandu dari wilayah Yaman dengan menjadikan lapangan terbang berkenaan sebagai sasaran utama, lapor siaran televisyen Al-Masirah.

“Sebutir peluru berpandu balistik dilancarka­n dan disasarkan ke negara ini. Ia menyasarka­n orang awam dan serpihanny­a jatuh ke kawasan lapangan terbang. Namun, tiada kecederaan dilaporkan,” kata jurucakap, Turki al-Maliki kepada Saudi Press Agency.

Pihak berkuasa penerbanga­n sivil berkata, lapangan terbang dan jadual penerbanga­n berjalan seperti biasa walaupun beberapa jalan ditutup.

Julai lalu, sebutir peluru berpandu balistik berjaya ditembak jatuh berhampira­n kota suci Makkah menjelang kedatangan musim haji.

Serangan itu membuktika­n keadaan yang meruncing di Yaman merebak merentasi sempadan sejak tentera gabungan diketuai Arab Saudi memulakan campur tangan mereka pada 2015. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia