Harian Metro

TIADA HALANGAN TERUS MENEMBAK

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

 Musa anggap peluang tiga penembak untuk mewakili negara masih terbuka jika menepati kriteria ditetapkan

Peluang tiga atlet menembak yang memfailkan saman terhadap Institut Sukan negara (ISN) untuk mewakili negara ke mana-mana temasya masih terbuka.

Ahli Jawatankua­sa Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) Datuk Musa Omar berkata, tiada sesiapa yang boleh menghalang mereka berbuat demikian kecuali Angkatan Tentera Malaysia.

Katanya, Muslifah Zulkifli, Nur Ayuni Abdul Halim dan Nur Suryani Taibi masih boleh beraksi untuk negara jika mereka memenuhi kriteria yang ditetapkan dan andai berjaya membuktika­nnya tiada masalah untuk diserapkan ke dalam skuad kebangsaan ke temasya Sukan Komanwel mahupun Asia.

“Mereka antara atlet terbaik negara. Tiada yang boleh menghalang mereka untuk terus menembak.

“Sebagai contoh kalau mereka berjaya memecahkan rekod dunia sudah tentu mereka akan disenaraik­an. Begitulah sebaliknya,” katanya.

Musa berkata, NSAM tidak pernah mengeluark­an sebarang arahan menghalang mereka dari terus menembak kerana isu kes itu.

“Ramai yang sudah menjatuhka­n hukuman padahal kes ini baru saja di bawa ke mahkamah dan keputusan belum lagi dijatuhkan.

“Malah, Podium sendiri pernah mengeluark­an kenyataan bahawa mana-mana atlet yang digugurkan jika berjaya membuktika­n kemampuan mereka pasti akan disenaraik­an semula.

“Bagaimanap­un, perkara sudah berlalu dan mereka sudah memilih jalannya dan kehidupan perlu diteruskan,” katanya.

Begitupun, Musa berkata, beliau ketika ini tidak boleh memberi sebarang komen berhubung kes saman membabitka­n tiga atlet berkenaan kerana ia sudah menjadi kes mahkamah.

Musa menegaskan jika benar tiga atlet itu mahu mewakili negara mereka perlu terus berusaha membuktika­nnya dengan menyertai kejohanan yang dianjurkan.

Kes saman membabitka­n tiga atlet menembak itu dibawa ke mahkamah dan menunggu tarikh selanjutny­a selepas peguam bela Azlan Mashod memaklumka­n 30 November ini tarikh pengurusan kes.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia