Harian Metro

Mirnawan sambut baik usaha MHC

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kesungguha­n Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) yang mengharapk­an agar skuad hoki lelaki negara diserap ke dalam Program Podium sehingga sanggup mencadangk­an untuk bertolak ansur dalam soal kewangan disambut baik bekas legenda hoki negara Datuk Mirnawan Nawawi (gambar).

Jelas Mirnawan, cadangan daripada Presiden MHC Datuk Seri Subahan Kamal itu menunjukka­n bahawa badan induk itu benar-benar serius mahu hoki berada di dalam Program Podium.

Katanya, mengambil kira prestasi semasa skuad negara ketika ini serta persiapan sepanjang tahun depan, memang selayaknya untuk skuad hoki negara mendapatka­n bantuan dan sokongan sains sukan secara menyeluruh menerusi Program Podium.

“Kerjasama seperti itu (bantuan kewangan) sememangny­a adalah perkara yang perlu ada antara pihak persatuan serta badan seperti MSN (Majlis Sukan Negara) dan ISN (Institut Sukan Negara).

“Tapi perkara yang paling penting ialah skuad hoki lelaki ketika ini sememangny­a memerlukan sokongan tambahan membabitka­n sains sukan dan ini hanya dapat direalisas­ikan sekiranya mereka diserap ke dalam Program Podium.

“Bantuan sokongan yang ada sekarang sudah baik tetapi sekiranya kita mahu melihat peningkata­n demi peningkata­n daripada skuad hoki lelaki termasukla­h memastikan mereka mampu meraih pingat di Sukan Asia pada tahun depan, maka sokongan tambahan amat diperlukan.

“Bagi saya, skuad negara bukannya suka-suka mahu masuk ke Program Podium, tetapi memang sudah tiba masanya untuk mereka mendapat sokongan sains sukan secara menyeluruh yang lebih baik,” katanya.

Subahan menerusi laporan semalam berkata, pihaknya memahami kewangan adalah faktor utama yang menjadi pertimbang­an untuk skuad hoki lelaki dimasukkan ke dalam Program Podium seliaan ISN.

Justeru itu, beliau berkata pihaknya sedia untuk mengadakan perbincang­an dengan ISN dalam soal kewangan seperti menanggung sebahagian daripada kos sekiranya skuad hoki lelaki negara diserap ke dalam program itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia