Harian Metro

Mahu terus aksi

 Hup Wei harap diberi peluang berlatih bersama Stewart

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Biarpun sekadar meraih perak pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) yang lalu, atlet lompat tinggi negara Lee Hup Wei (gambar) masih belum memikirkan untuk bersara.

Malah dia tetap positif untuk diberi peluang berlatih di bawah bimbingan jurulatih Alex Stewart bersama rakan senegara Nauraj Singh Randhawa.

Biarpun masih tiada sebarang maklum balas diterima daripada Majlis Sukan Negara (MSN), Hup Wei tetap mengusulka­n perkara berkenaan untuk dipertimba­ngkan sebagai persediaan menghadapi temasya Sukan Komanwel dan juga Sukan Asia.

Justeru buat ketika ini Hup Wei yang pernah beraksi di temasya Olimpik Beijing dan London itu berkata fokus utama adalah meneruskan latihan seperti biasa kerana sudah melayakkan diri ke Komanwel dan Asia.

“Saya sedang menunggu program baru daripada MSN dulu dan selepas itu baru boleh merangka perancanga­n selanjutny­a.

“Jika boleh memang saya harap dapat bersama Alex kerana programnya banyak membantu memperbaik­i lompatan saya,” katanya yang pernah mengeluark­an perbelanja­an sendiri demi untuk berlatih bersama Stewart sebelum ini.

Mengulas mengenai sasarannya pada penyertaan kali kedua di Komanwel selepas Delhi 2010 berkata dia akan berusaha untuk memperbaha­rui catatan terbaik peribadi iaitu 2.27m yang dilakukan sebelum ini di Terbuka China 2008.

Bagaimanap­un tegasnya untuk mendapat pingat di Komanwel adalah lebih sukar berbanding Sukan Asia.

Untuk rekod Hup Wei pernah meraih emas di temasya Sukan SEA sebanyak tiga kali berturut-turut bermula pada 2007 di Manila, Vietnam dan Palembang sebelum Nauraj mengambil alih takhta penguasaan dalam acara itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia