Harian Metro

Keletihan, sikap terlalu yakin untuk menang makan diri

- Fabian Peter fabian.mark@nst.com.my

Kuala Lumpur: Keletihan dan sikap terlalu yakin untuk menang membawa padah kepada perseorang­an lelaki negara Lee Zii Jia (gambar) yang tersungkur pada aksi separuh akhir Terbuka Bitburger di Jerman kelmarin.

Pemain berusia 19 tahun itu yang bangkit untuk melepasi suku akhir pada Jumaat, tewas mudah 21-11, 21-12 kepada wakil Denmark Rasmus Gemke pada peringkat separuh akhir.

Zii Jia, yang baru-baru ini menjuarai Siri Antarabang­sa Poland, bagaimanap­un mengambil pengajaran daripada pencapaian­nya di Eropah dan berazam bangkit pada Cabaran Antarabang­sa Malaysia di Pasir Gudang, minggu depan.

Kekalahan itu juga menamatkan cabaran Malaysia dalam kejohanan itu.

“Selepas bermati-matian menentang pemain Perancis Brice Leverdez pada Jumaat, saya fikir saya mampu teruskan dan mara ke final,” kata Zii Jia.

"Saya rasa letih, tetapi juga disebabkan saya fikir mampu menang mudah. Ini pengajaran yang saya terima.

“Saya masih gembira dengan aksi saya di sini dan sekali lagi ingin berterima kasih kepada semua yang terbabit dalam program pembanguna­n saya.

“Saya akan menyertai Cabaran Antarabang­sa Malaysia selepas ini, saya berjanji akan memberi yang terbaik.”

Pemain kelahiran Kedah itu kini mahu meletakkan dirinya dalam kelompok 40 terbaik dunia hujung tahun ini.

“Saya berharap dapat meletakkan diri dalam kelompok 60 terbaik dunia sebelum ini tetapi saya sudah mencapainy­a. Saya fikir sasaran kini adalah 40 teratas,” kata pemain ranking 55 dunia itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia