Harian Metro

Dhaarma puas hati pencapaian pemain

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih skuad hoki wanita negara Muhammad Dhaarma Raj Abdullah tetap berpuas hati dengan pencapaian barisan pemainnya yang menamatkan saingan Piala Asia di kedudukan kelima selepas mencatat kemenangan 4-0 ke atas Thailand pada perlawanan penentuan tempat ke-5/6, di Kakamigaha­ra, Jepun, semalam.

Dhaarma berpendapa­t masih ada jurang antara skuad negara dengan empat pasukan utama - India, China, Korea Selatan dan Jepun namun pada masa sama mengakui Malaysian Tigress mempamerka­n peningkata­n prestasi lebih baik pada edisi kali ini.

“Apa yang membezakan kita dengan empat pasukan teratas di Asia adalah mereka mempunyai pengalaman yang cukup bagus serta tidak tertekan apabila beraksi pada minit-minit akhir.

“Di pihak pasukan negara pula, kita hanya menggunaka­n pemain sama dan tak dapat melakukan penggilira­n pemain. Ia membuatkan kita lebih sukar apabila beraksi di sini kerana kualiti permainan sangat tinggi.

“Empat pasukan yang saya maksudkan tadi juga sudah lama menguasai hoki wanita Asia dan kerap beraksi di Piala Dunia serta Sukan Olimpik,” katanya ketika dihubungi semalam.

Seperti dijangka, skuad bimbingan Dhaarma Raj tidak berdepan masalah untuk menewaskan Thailand yang juga seteru utama mereka di rantau Asia Tenggara apabila di depan seawal minit (m) ke-6 menerusi gol padang Wan Norfaiezah Md Saiuti.

Pertahanan negara Nuraini Abdul Rashid mengukuhka­n kedudukan Malaysian Tigress apabila menyempurn­akan pukulan sudut penalti m-12.

Bersambung separuh masa kedua, Malaysia terus di depan selepas Hanis Nadiah Onn menambah gol ketiga menerusi jaringan padang m-45 sebelum Nuraini melengkapk­an kemenangan Malaysia dengan gol keempat hasil pukulan sudut penalti dua minit sebelum tamat perlawanan.

Penamat tempat kelima itu adalah yang keempat diraih oleh skuad negara sepanjang penyertaan di Piala Asia dengan pencapaian terbaik di tempat ketiga pada 1985.

 ??  ?? DHAARMA
DHAARMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia