Harian Metro

MSN Kedah ‘kilang’ pemain golf

-

mampu melahirkan ramai atlet golf bertaraf kebangsaan dan antarabang­sa dalam tempoh tiga hingga lima tahun lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis penyampaia­n hadiah kepada pemenang Kejohanan Golf Remaja Widad anjuran Kumpulan Perniagaan Widad yang disempurna­kan oleh Tunku Laksamana Kedah, Datuk Tengku Sarafuddin Badlishah Tuanku Sallehuddi­n, di TPC Kuala Lumpur di sini, semalam.

Turut hadir Pemegang Amanah Yayasan Widad, Datuk Awang Kechik dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Widad, Datuk Cham Nong Aliap.

Terdahulu, Mohamad Rizal berkata pihaknya mengucapka­n terima kasih tidak terhingga kepada Glenmarie Golf & Country Club dan TPC Kuala Lumpur kerana sudi memberi peluang kepada lebih 40 atlet remaja dari Kedah menimba pengalaman dan ilmu bermain di lapangan golf yang pernah menjadi gelanggang banyak kejohanan bertaraf antarabang­sa seperti PGA dan CIMB Classic 2017.

“Saya berharap semua pemain golf remaja berkenaan dapat memanfaatk­an segala pengalaman dan ilmu dipelajari menerusi Proram Pembanguna­n Golf Junior bersama Kumpulan Widad ini untuk meningkatk­an mutu permainan dan kerjaya masing-masing dalam sukan berprestij ini pada masa depan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia