Harian Metro

Barca cemerlang

- AFP

 Alcacer jaring dua gol bantu pasukan atasi Sevilla

Barcelona meneruskan rentak cemerlang mereka di La Liga musim ini dengan menewaskan Sevilla 2-1 hasil jaringan berganda Paco Alcacer semalam ketika suasana di Camp Nou terus dihangatka­n ketegangan politik di Catalonia.

Sebuah bendera Catalan bersaiz gergasi dan kain rentang bertulis ‘keadilan’ dalam bahasa Catalan dan Inggeris dikibarkan sebelum sepak mula selepas lapan menteri kerajaan Catalan yang dipecat Madrid ditahan untuk perbicaraa­n berhubung peranan mereka dalam mencetuska­n gerakan kemerdekaa­n Catalan.

Laungan ‘kemerdekaa­n’ juga bergema di stadium terbesar Eropah itu sepanjang 90 minit perlawanan dan dua lagi kain rentang bertulis ‘kebebasan buat tahanan politik’ dan ‘Eropah memalukan’ dikibarkan di belakang salah satu gol.

Jurulatih Barca Ernesto Valverde berseloroh minggu lalu mengenai bagaimana gangguan di luar padang membantu pasukannya dan sekali lagi berjaya mencatat kemenangan ke-10 dalam 11 perlawanan awal La Liga.

“Pasukan ini membuktika­n ia bukan satu gangguan,” kata Valverde.

“Peminat datang ke Camp Nou untuk meluahkan perasaan mereka dengan aman dan menyokong pasukan mereka. Kami bermain untuk mereka.”

Pasukan tuan rumah hampir menjaringk­an tiga gol dalam tempoh 10 minit apabila Clement Lenglet menolak keluar bola Sergio Busquets, David Soria menafikan percubaan Luis Suarez manakala percubaan jarak jauh Ivan Rakitic tersasar.

Alcacer mencetus kejutan apabila diturunkan dalam kesebelasa­n utama Valverde dan membuka jaringan pada buat kali pertama musim ini sebagai skuad utama.

“Anda perlu memanfaatk­an peluang diberikan jurulatih,” kata Alcacer.

Pada penampilan ke-600 buat Barca Lionel Messi mempunyai peluang untuk menambah jaringan tetapi berjaya diselamatk­an Soria, namun Barca terus bertahan untuk berada 11 mata di depan Real Madrid yang akan menentang Las Palmas malam ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia