Harian Metro

PSG pesta gol belasah Angers

-

PARIS: Edinson Cavani terus mempamerka­n ketajaman sentuhan penyudah apabila penyerang Uruguay itu meledak dua gol bagi membantu pendahulu Ligue 1, Paris St Germain membenam Angers 5-0, semalam.

Dengan jaringan ke-12 dan ke-13 untuknya musim ini, Cavani membolosi gawang lawan di kedua-dua babak permainan selain Kylian Mbappe dan Julian Draxler juga mence tak jaringan untuk meletakkan PSG meraih 32 ma ta daripada 12 perlawanan.

“Untuk seorang penyerang,

(gambar)

adalah penting untuk meledak jaringan bagi membantu pasukan,” kata Cavani. “Saya gembira tetapi saya tidak terlalu memikirkan mengenai rekod ataupun statistik. “Saya hanya memikirkan untuk memberi yang terbaik untuk pasukan saya, itu saja.”

PSG kini mendahului Monaco yang menewaskan En Avant Guingamp 6-0 dengan kelebihan empat mata. PSG jelas bermain dengan baik meskipun tanpa Neymar yang digantung perlawanan dan mereka membuktika­n kemampuan mereka dengan corak permainan pantas seawal wisel perlawanan ditiupkan.

Mbappe membuka tirai jaringan dengan rembatan rendah selepas menerima hantaran daripada Dani Alves untuk meletakkan pasukan pelawat mendahului permainan sebelum Draxler menambah jaringan kedua, selang sembilan minit kemudian.

Cavani kemudianny­a meletakkan PSG untuk terus berada di kedudukan selesa, menyempurn­akan hantaran Michel sekali gus merekodkan jaringan yang ke-100 untuk dirinya dalam 144 perlawanan Ligue 1. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia