Harian Metro

Formasi baru Reds tuai hasil

-

London: Pengurus Liverpool Juergen Klopp memuji pemainnya kerana berjaya menyesuaik­an diri dengan sistem baru selepas membelasah West Ham United semalam.

Dua minggu lalu Liverpool meninggalk­an ibu kota negara itu dengan kekecewaan selepas dibelasah Tottenham 4-1 di Wembley namun sejak itu mereka merekodkan 10 gol dan bolos satu jaringan.

“Kami mengubah sistem dan semalam kali pertama kami melaksanak­annya, iaitu 4-4-2 yang mungkin pada mulanya kelihatan seperti formasi menyerang,” kata Klopp yang sebelum ini dikritik berikutan taktikalny­a ketika menentang Tottenham, memberitah­u media selepas kelab itu berkongsi mata dengan Chelsea dan Arsenal di tangga keenam.

“Kami mempunyai idea berbeza - kami mahu lebih banyak bertahan, lebih padu dan memanfaatk­an ruang untuk serangan balas. Kita tidak akan tahu bagaimana keadaannya jika tidak kerana gol pertama. Kami perlu membiasaka­n diri dengannya.

“Ia kelihatan seperti formasi menyerang tetapi sebenarnya lebih kepada bertahan. Kami mempunyai dua No 6, No 6 sebenar, dua pemain tengah di bahagian sayap menerusi Sadio (Mane) and (Alex) Oxlade-Chamerlain dan Roberto (Firmino) dan Mo (Salah) perlu bertahan. Ia membantu benteng terakhir dan itulah yang kami lakukan.

“Ia satu formasi gerakan balas yang memanfaatk­an kepantasan kami daripada bahagian pertahanan. Keputusan 3-0, 3-0, 4-1, ia benar-benar minggu yang hebat. “Saat yang terbaik untuk berehat seketika.”

Klopp kehilangan kapten Jordan Henderson, yang diketepika­n akibat kecederaan dan Philippe Coutinho, namun teruja dengan kepulangan Sadio Mane selepas hampir sebulan tidak beraksi berikutan masalah hamstring.

Mane beraksi selama 77 minit biarpun hanya menyertai dua sesi latihan, manakala Georginio Wijnaldum bertahan hingga ke akhir perlawanan meskipun hampir pasti terlepas perlawanan berikutan kecederaan buku lali.

Kepantasan Mane mengucar-kacirkan pertahanan West Ham dan Klopp berkata kepulangan­nya menyuntik semangat pasukan. “Sadio seorang pemain yang cergas, dia bagaikan sebuah jentera kecil. Anda boleh melihatnya menikmati latihan berintensi­ti tinggi.

“Saya katakan dia sedia bermain untuk 25 minit tetapi dia bermain lebih daripada itu dan ia baik untuk kami. Kami membawa masuk Mane selepas satu sesi latihan. Secara jujurnya, saya tidak pernah melakukann­ya sebelum ini. Ia bukan idea terburuk pernah saya lakukan!” - Reuters

 ??  ?? KEHADIRAN Mane (kanan) suntik semangat pasukan.
KEHADIRAN Mane (kanan) suntik semangat pasukan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia