Harian Metro

Bilic bakal jadi mangsa pecat Hammers?

-

London: Pengurus West Ham, Slaven Bilic mengakui pasukannya ‘lurus bendul’ selepas dibelasah Liverpool 4-1 sekali gus menyukarka­nnya mengelak daripada dipecat.

Pasukan Bilic hanya satu mata di atas zon penyingkir­an Liga Perdana Inggeris selepas mengalami kekalahan mengaibkan di Stadium London, awal pagi semalam.

Ketika West Ham tidak menang dalam empat aksi terakhir liga, Bilic berdepan rehat antarabang­sa dengan kebimbanga­n beliau mungkin akan disingkir.

Pemilik Hammers, David Gold dan David Sullivan dilaporkan sedia memecat Bilic sebelum kemenangan mengejut mereka ke atas Tottenham dalam Piala Liga bulan lalu melegakan seketika pengendali dari Croatia itu.

Kini Bilic kembali di ambang pemecatan dan ketika beliau menegaskan tetap menjadi orang yang mampu mengubah keadaan, beliau mengakui Gold dan Sullivan sudah bersedia untuk memecatnya.

Ditanya jika beliau memikirkan akan diberi peluang lagi, Bilic berkata: “Saya tidak tahu. Sukar buat saya bercakap mengenainy­a sekarang.

“Sudah tentu saya percaya dengan diri sendiri. Saya tidak berasa saya seorang lelaki yang gagal. Saya amat kuat.

“Saya percaya dengan dedikasi dan tugas saya sebelum ini. Saya tahu nilai diri.” AFP

 ??  ?? MASA depan Bilic bersama West Ham kian samar.
MASA depan Bilic bersama West Ham kian samar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia