Harian Metro

HERO SPURS

- Reuters

 Heung-min pacu pasukan himpit pendahulu liga

London

Penyerang Korea Selatan, Son Heung-min muncul wira Tottenham Hotspur apabila meledak gol kemenangan pasukan itu bagi menewaskan kelab bawahan, Crystal Palace 1-0 sekali gus mengukuhka­n kedudukan mereka dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris, semalam. Skuad bimbingan Mauricio Pochettino itu yang masih segar dengan kejayaan menewaskan juara Eropah, Real Madrid dalam

saingan Liga Juara-Juara pada aksi pertengaha­n minggu berdepan kesukaran untuk menembusi kubu Palace malah nyaris dikejutkan dengan gol pendahulua­n daripada pihak lawan.

Namun, Heung-min berjaya menyelamat­kan maruah Tottenham apabila meledak gol pada minit

ke-64.

Kemenangan itu menyaksika­n anak buah Pochettino kekal di kedudukan ketiga liga dengan mengumpul 23 mata, berkongsi mata bersama Manchester United yang akan bermain menentang penghuni tangga keempat, Chelsea tengah malam ini.

Palace pula yang hanya mengumpul empat mata selepas mengharung­i 11 perlawanan seharusnya menyalahka­n diri sendiri apabila gagal memanfaatk­an peluang terhidang bagi menjaringk­an gol.

Scott Dann terlepas dua peluang terbaik bagi menjaringk­an gol yang menyaksika­n penjaga gol Tottenham, Paulo Gazzaniga beraksi cemerlang menyelamat­kan kedua-dua percubaann­ya manakala Wilfried Zaha turut berpeluang meledak gol sebelum jaringan dilakukan Tottenham.

Gazzaniga yang diturunkan buat kali pertama bagi menggantik­an Hugo Lloris susulan masalah kecederaan turut cemerlang apabila menyelamat­kan percubaan bekas pemain Tottenham , Paulo Gazzaniga pada awal babak kedua. -

 ??  ??
 ??  ?? AKSI kelam-kabut di hadapan pintu gol Tottenham.
HEUNG-MIN
AKSI kelam-kabut di hadapan pintu gol Tottenham. HEUNG-MIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia