Harian Metro

‘Puas bantu pasukan julang trofi’ Semua dah ada...

- Firdaus Hashim & Mohamad Zulfaizan Mansor sukanteam@nstp.com.my

Selepas sering dibayangi kelibat tonggak import Mohamad Ghaddar dalam skuad Johor Darul Ta’zim (Johor DT), penyerang kebangsaan Ahmad Hazwan Bakri seolah-olah melepaskan geram dalam aksi kemuncak final Piala Malaysia apabila membantu kelabnya menewaskan Kedah 2-0 untuk menjulang trofi berprestij itu di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Walaupun tidak mencetak nama selaku penjaring, namun harus diakui sumbangan Hazwan sepanjang 90 minit perlawanan itu cukup besar apabila sering kali berjaya memecah masuk benteng lawan yang gagal menyekat kelincahan­nya.

Malah, gol kedua skuad Harimau Selatan pada minit ke-63 yang dijaringka­n Gonzalo Cabrera berpunca daripada gerakan bekas penyerang Selangor itu yang bijak melepasi halangan pertahanan kanan Kedah, Arif Farhan Md Isa sebelum membuat hantaran tepat menuju kepada Cabrera.

“Saya dah lama tak beraksi kerana selalu berada di bangku simpanan dan apabila jurulatih memberi peluang beraksi, jadi saya gunakannya sebaik mungkin untuk membantu kelab mencari gol.

“Alhamdulil­lah, saya puas hati dengan prestasi malam ini (kelmarin), biarpun tak dapat jaringkan gol tapi kemenangan buat pasukan adalah lebih penting.

“Saya harap dapat kekalkan permainan seperti ini. Inilah diri saya yang sebenar,” katanya ketika ditemui di Stadium Shah Alam selepas tamat perlawanan.

Kami yang terbaik! Itu reaksi kapten Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Safiq Rahim ketika ditanya apa kunci kejayaan pasukan itu hingga berjaya menjuarai Piala Malaysia musim ini.

Kemenangan 2-0 ke atas juara bertahan Kedah pada final di Stadium Shah Alam, kelmarin menyaksika­n Safiq melengkapk­an kejuaraan saingan tempatan bersama kelab selatan tanah air itu.

Malah, dia yang juga kapten skuad kebangsaan menegaskan betapa perjuangan Johor DT masih belum berakhir dan akan berusaha untuk mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

“Kami tahu kekuatan kami, dan kami hanya beraksi dengan corak permainan kami. Kami yang terbaik setakat ini, itu yang saya rasa.

“Ini adalah impian saya dan mungkin juga impian semua pemain untuk mencipta satu lagi sejarah buat Johor DT.

Syukur, kami akhirnya berjaya merangkul kejuaraan

Piala Malaysia.

“Memang (di peringkat) domestik saya sudah lengkapkan semua piala, tapi saya masih dahagakan kejayaan. Saya perlukan lagi kejayaan untuk kelab dan juga pencapaian peribadi,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Pada aksi kelmarin, jaringan Aidil Zafuan Abd Radzak dan Gonzalo Cabrera pada setiap

babak berjaya memberi kejuaraan sulung buat Johor DT dalam saingan Piala Malaysia, sekali gus membawa kembali piala berprestij itu ke bumi selatan selepas 26 tahun.

Selain itu, Safiq turut menyifatka­n kejayaan menjulang Piala Malaysia adalah hasil daripada usaha gigih pasukannya yang tidak berhenti bekerja sepanjang musim ini.

“Ramai yang beranggapa­n negatif terhadap pasukan kami, namun walau apa sekali pun orang kata, kami tetap bersatu sebagai sebuah keluarga.

“Kami tetap bersama dalam setiap kenangan pahit, manis, menang, seri dan juga sewaktu pasukan tewas,” katanya.

 Safiq lengkapkan kejuaraan domestik, akui kerja keras pemain dan pegawai Johor DT tunjang kejayaan pasukan musim ini

 ??  ?? SAFIQ (tengah) puas julang
trofi.
SAFIQ (tengah) puas julang trofi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia