Harian Metro

Harimau Selatan fokus layak aksi ACL

-

lumpur: Selepas melengkapk­an kejuaraan dalam saingan tempatan dan Piala AFC, Johor Darul Ta’zim (Johor DT) kini sedia memikirkan berkenaan sasaran baru untuk layak beraksi di Liga Juara-Juara Asia (ACL), musim depan.

Jurulatih Johor DT, Ulisses Morais bagaimanap­un menjelaska­n dia dan barisan kejurulati­han memerlukan masa untuk memikirkan bagaimana untuk mencapai sasaran itu selepas baru sahaja menjulang kejuaraan sulung Piala Malaysia, kelmarin.

“Semua orang (di Johor DT) termasuk staf dan pemain sekarang ini perlu bercuti selepas mengharung­i saingan yang memenatkan sepanjang musim ini.

“Kami perlukan masa untuk memikirkan berkenaan perkara terbabit (layak ke ACL) dan sudah pasti kami juga sedang bergerak ke arah itu,” katanya ketika ditanya adakah skuad Johor DT yang ada ketika ini mampu untuk melepasi kelayakan beraksi di saingan tertinggi Asia itu.

Johor DT sudah tiga kali mencuba untuk layak ke ACL namun terkandas di pusingan kedua kelayakan pada musim 2015 dan 2016.

Pencapaian terbaik Harimau Selatan adalah pada musim ini apabila mereka mara hingga ke pusingan play-off tetapi terpaksa akur apabila tewas 0-3 di tangan kelab Jepun, Gamba Osaka.

Apa yang pasti, sentuhan magis Morais sekali lagi diharapkan untuk Johor DT layak ke ACL musim depan selepas prestasi cemerlangn­ya musim ini termasuk menghadiah­kan Piala Malaysia buat kali pertama kepada kelab itu.

Selain itu, mengulas mengenai kejayaan pasukannya menjuarai Piala Malaysia, Morais menegaskan Johor DT berhak meraikan kejuaraan manis itu selepas persembaha­n cemerlang anak buahnya sepanjang perlawanan akhir berdepan Kedah di Stadium Shah Alam, kelmarin.

“Saya sedar ramai penyokong hairan melihat barisan kesebelasa­n utama pada perlawanan malam ini (kelmarin). Saya sentiasa beritahu pemain Johor DT mempunyai 27 pemain, dan sesiapa saja boleh bermain untuk skuad utama.

“Bagi perlawanan ini, barisan kejurulati­han sepakat untuk menurunkan Gary Steven Robbat, Aidil Zafuan Abd Radzak serta Ahmad Hazwan Bakri dan mereka beraksi dengan baik.

“Semua orang juga tahu Farizal Marlias tidak dibenarkan bermain, Marcos Antonio pula mengalami kecederaan, namun mereka berdua juga layak untuk meraikan kemenangan malam ini,” katanya.

 ??  ?? AIDIL
AIDIL
 ??  ?? MORAIS
MORAIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia