Harian Metro

Aksi agresif lawan rantai gerakan Liridon

-

“Sebaliknya, kami terpaksa bermain dengan hantaran jauh ke depan yang mudah dipatahkan pertahanan mereka. Itu saja cara kami untuk memecahkan benteng mereka selepas saya sering diawasi dua pemain Johor DT sepanjang perlawanan.

“Berdasarka­n persembaha­n mereka, Johor DT berhak di atas kemenangan ini dan kami akan datang kembali musim depan dengan semangat dan misi baru,” katanya ketika ditemui sejurus tamat aksi kedua-dua pasukan di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Dalam aksi yang disaksikan 80,000 penyokong itu, skuad Helang Merah terpaksa melupakan impian untuk mengekalka­n trofi di bumi negeri jelapang padi itu buat musim kedua berturut-turut apabila dua gol sumbangan Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak dan Gonzalo Cabrera sudah cukup untuk meranapkan impian penyokong Hijau Kuning itu.

Segala-galanya bermula seawal minit ketiga, apabila Johor DT dihadiahka­n sepakan sudut yang diambil ketua pasukan Safiq Rahim yang tepat menuju kepala Aidil buat mengejutka­n juara bertahan itu.

Liridon dan rakan sepasukann­ya cuba bangkit pada babak kedua, namun anak buah Ulisses Morais terus mengukuhka­n kedudukan menerusi gol kedua pada minit ke-63 hasil percubaan menarik Cabrera untuk menewaskan Ifwat Akmal Che Kassim buat kali kedua.

“Saya ingin minta maaf kepada semua penyokong Kedah di atas kekalahan ini. Kami sudah berusaha, tapi tuah nyata tidak menyebelah­i pasukan musim ini,” kata Liridon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia