Harian Metro

Cemas simpan pistol tipu

-

Miri: Raut wajah cemas dua lelaki selepas terserempa­k dengan Ahli Jawatankua­sa (AJK) Penduduk Taman Tunku membongkar rahsia mereka dikesan memiliki pistol palsu di Taman Tunku, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, lelaki yang masing-masing berusia 19 dan 22 tahun itu dilihat berkelakua­n mencurigak­an apabila terserempa­k dengan ahli jawatankua­sa terbabit yang melakukan rondaan harian.

Menurut sumber, menyedari suspek dalam keadaan mencurigak­an, beberapa AJK menahan mereka dan menjalanka­n pemeriksaa­n sebelum menemui sepucuk pistol pada badan lelaki berusia 22 tahun bersama dua paket plastik mengandung­i bebola kecil.

Sumber itu berkata, kedua-dua lelaki terbabit kemudian diserahkan kepada polis untuk pemeriksaa­n lanjut.

“Hasil pemeriksaa­n polis mendapati pistol berkenaan palsu dipercayai dibeli daripada individu tertentu.

“Walaupun pistol tiruan, bentuk pistol berkenaan seperti pistol tulen hingga mengundang kebimbanga­n orang awam,” katanya.

Katanya, kedua-dua lelaki terbabit kemudian ditahan polis dan senjata berkenaan dirampas.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 36(1), Akta Senjata 1960,” katanya.

 ??  ?? PISTOL tiruan yang dirampas daripada dua lelaki.
PISTOL tiruan yang dirampas daripada dua lelaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia