Harian Metro

Tokan dadah ditahan miliki 20 peket syabu

-

Jual syabu dan peralatan menagih dadah. Itu kegiatan seorang lelaki dipercayai ‘tokan’ dadah kecil-kecilan sebelum ditahan polis dalam serbuan di rumahnya di Kampung Tidong, Kuala Penyu, kelmarin.

Dalam serbuan jam 9 pagi itu, lelaki berusia 35 tahun itu didapati memiliki 20 peket plastik lut sinar berisi ketulan hablur kristal dipercayai syabu.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superinten­dan Azmir Abdul Razak berkata, serbuan dijalankan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort selepas menerima maklumat awam berhubung kegiatan suspek.

Beliau berkata, selain syabu, pemeriksaa­n turut menemui pil Eramin5 serta beberapa peralatan menghisap dadah.

“Syabu itu dianggarka­n seberat 13.39 gram bernilai RM1,200 berdasarka­n harga pasaran semasa.

“Polis tidak menolak kemungkina­n semua dadah cuba dijual suspek di pasaran sekitar daerah ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

 ??  ?? ANTARA peralatan serta dadah yang dirampas.
ANTARA peralatan serta dadah yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia