Harian Metro

Selamat tiga wanita mangsa eksploitas­i sindiket pelacuran

-

Tiga pelancong wanita warga Thailand berusia 21 hingga 23 tahun berjaya diselamatk­an selepas menjadi mangsa eksploitas­i sindiket pelacuran dalam serbuan di sebuah hotel di ibu negeri, kelmarin.

Dalam serbuan jam 2.30 petang itu, ketiga-tiga wanita yang tiba di daerah ini pada 26 Oktober lalu dipercayai diperdaya sebelum ditempatka­n di hotel berkenaan dan diawasi ahli sindiket berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah Datuk Salehhudin Abd Rahman berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah melancarka­n operasi dan berjaya membebaska­n tiga wanita terbabit.

Beliau berkata, hasil siasatan ketiga-tiga wanita berkenaan masuk secara sah ke negeri ini pada 26 Oktober lalu sebelum diekploita­si sindiket berkenaan.

“Hasil soal siasat dan pemantauan, polis menahan dua lelaki tempatan berusia 28 dan 32 tahun pada jam 3.50 petang hari sama di kawasan parkir hotel berkenaan selepas dipercayai terbabit dengan sindiket pelacuran itu.

“Kedua-dua lelaki tempatan itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 12, ATIPSOM 2007 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan denda,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia