Harian Metro

Dalam kereta penuh DVD cetak rompak

-

Papar: Tindakan seorang lelaki meletakkan kenderaan sarat dengan muatan kotak di tepi jalan merungkai kegiatanny­a apabila ditahan bersama 1,450 cakera padat digital (DVD) cetak rompak pelbagai tajuk termasuk filem lucah, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, lelaki berusia 50-an itu dikatakan berhenti di bahu Jalan German Bund Papar seorang diri dalam keadaan mencurigak­an.

Sepasukan anggota Unit Rondaan Bermotosik­al (URB), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar yang melakukan rondaan terserempa­k dengan lelaki berkenaan sebelum melakukan pemeriksaa­n terhadap Perodua Myvi milik dipandunya.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superinten­dan Ladamah Sulaiman berkata, hasil pemeriksaa­n terhadap kenderaan suspek mendapati kereta berkenaan sarat dengan muatan DVD dipercayai cetak rompak.

“Polis menemui beberapa kotak berisi ribuan keping DVD lucah termasuk filem dalam dan luar negara pelbagai tajuk disimpan dalam kereta berkenaan.

“Semua DVD itu tidak mempunyai sijil perakuan B dan polis turtut merampas barangan itu dan suspek dibawa ke IPD Papar untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) dan Seksyen 18(5), Akta Penapisan Filem 2002,” katanya.

 ??  ?? MUATAN kotak berisi DVD cetak rompak yang dirampas.
MUATAN kotak berisi DVD cetak rompak yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia