Harian Metro

Status celupar

-

 Polis jejak pemilik akaun Facebook buat fitnah kepada anggota keselamata­n

siasatan dan setakat ini, belum ada tangkapan. Kes disiasat mengikut Seksyen 500, Kanun Keseksaan kerana memfitnah,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Pada 2 November lalu, pemilik akaun menggunaka­n nama

memuat naik status bertajuk bersama beberapa keping gambar individu yang didakwa terbabit.

Pemilik akaun mendakwa pihaknya banyak menerima aduan daripada individu berhubung kegiatan geng berkenaan yang giat melakukan aktiviti jenayah di sekitar Telupid.

Selain mendapat perlindung­an anggota yang bertugas di Balai Polis Telupid, kumpulan berkenaan turut dikatakan mempunyai hubung kait dengan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran.

Kenyataan itu mendakwa antara jenayah dilakukan geng terbabit ialah mengedar pil khayal, syabu serta terbabit dalam aktiviti perjudian serta mencederak­an orang lain.

“Geng ini sentiasa berada di (kelab malam) di kawasan Pekan Telupid dan semakin bermaharaj­alela. Ketua mereka, Mahdi mempunyai sepucuk pistol.

“Mereka pernah memukul orang (tempatan) di Restoran Nurin sambil mengacukan pistol di kepala mangsa,” katanya.

 ??  ?? KETERANGAN pemilik akaun Facebook yang diburu polis.
KETERANGAN pemilik akaun Facebook yang diburu polis.
 ?? Ramli ?? Geng ini sentiasa berada di pub (kelab malam) di kawasan Pekan Telupid dan semakin bermaharaj­alela”
Ramli Geng ini sentiasa berada di pub (kelab malam) di kawasan Pekan Telupid dan semakin bermaharaj­alela”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia