Harian Metro

Pertimbang permit korek pasir

- Hazsyah Abdul Rahman hmkk@hmetro.com.my

Kerajaan negeri diminta mempertimb­angkan untuk mengeluark­an lesen menjalanka­n kerja mengorek dan mendalamka­n muara sungai di negeri ini secara percuma kepada pemegang permit mengekspor­t pasir ke luar negara.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, usaha itu bukan saja dapat mengatasi muara sungai tersumbat akibat mendapan pasir, malah bermanfaat kepada hasil negeri melalui penjualan pasir ke luar negara.

Menurutnya, kaedah itu juga akan menguntung­kan kerajaan negeri dan Pusat kerana tidak perlu mengeluark­an peruntukan mengupah syarikat untuk mengorek dan mendalamka­n muara sungai di negeri ini.

“Syarikat yang memegang permit mengekspor­t pasir ke luar negara akan melakukan semua kerja terbabit secara percuma dan memperoleh keuntungan dengan menjual mendapan pasir ke luar negara,” katanya.

Polis masih mengesan pemilik akaun Facebook yang memfitnah anggota polis di daerah ini kononnya melindungi kegiatan perjudian, pengedaran dadah dan gengsteris­me.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung isu berkenaan dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Menurutnya, anggota polis yang dikaitkan dengan kenyataan itu juga membuat laporan polis pada 2 November lalu di Balai Polis Telupid.

“Polis masih menjalanka­n siasatan untuk mengesan pemilik akaun Facebook itu bagi membantu

 ??  ?? WAN Junaidi (kanan) mempengeru­sikan mesyuarat di kawasan Parlimen Santubong.
WAN Junaidi (kanan) mempengeru­sikan mesyuarat di kawasan Parlimen Santubong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia