Harian Metro

6,000 sertai GERAH

-

Seramai 6,000 ahli berdaftar menjadi ahli Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) di negeri ini sejak mula dilancarka­n awal tahun ini.

Timbalan Pengarah (Operasi) Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah Hasbilah Mohd Salleh berkata, ia membuktika­n masyarakat sudah mula sedar peranan mereka untuk membantera­s gejala rasuah.

Beliau berkata, setiap ahli yang berdaftar membantu menyalurka­n maklumat isu rasuah dan salah guna kuasa menerusi aduan secara terus tanpa mendedahka­n identiti.

“Masyarakat sudah tidak takut untuk menyampaik­an maklumat secara terus kepada SPRM, namun setiap maklumat diterima perlu diteliti sebelum tindakan lanjut diambil.

“Kita berharap lebih ramai menjadi ahli GERAH termasuk kakitangan awam bagi menunjukka­n sokongan kepada SPRM,” katanya ketika ditemui selepas melancarka­n pelepasan Program Mesra Rakyat Kembara Jelajah Anti Rasuah (KEJAR) 2017 di sini, semalam.

Pada majlis berkenaan, lebih 10 pacuan empat roda menyertai kembara yang bermula di pekarangan Wisma One Sulaman Sektor Pencegahan SPRM Sabah hingga Kampung Simpangan, Tuaran di sini.

SPRM turut menyampaik­an barangan keperluan harian serta wang sumbangan kepada penduduk Kampung Simpangan disempurna­kan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Haji Mohd Noor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia