Harian Metro

Tahan lima pemandu mabuk

-

Kota Kinabalu: Alasan seorang jurujual kononnya baru menghadiri majlis perkahwina­n adiknya tidak berjaya melepaskan­nya daripada ditahan polis selepas didapati memandu dalam keadaan mabuk di Jalan Coastal, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, lelaki berusia 30-an itu dikatakan baru pulang dari majlis berkenaan di Likas ditahan dalam sekatan jalan diadakan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, selain lelaki itu, polis turut menahan empat individu lain yang dikesan turut memandu dalam keadaan mabuk.

“Dalam sekatan jalan Op Mabuk ini, polis menahan lima lelaki berusia 20 hingga 40-an selepas didapati memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol.

“Semua pesalah trafik itu dibawa ke Balai Polis Trafik Kota Kinabalu untuk siasatan mengikut Seksyen 45, Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya turut mengeluark­an enam saman kepada pemilik kenderaan yang didapati melakukan pelbagai kesalahan trafik.

“Sepanjang

operasi

ini, polis memeriksa 67 kenderaan.

“Selain Jalan Coastal, polis turut menjalanka­n Op Mabuk di beberapa lokasi lain termasuk Jalan Lintas, Jalan Tuaran Bypass, Jalan Kepayan dan Jalan 1Borneo,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN penunggang motosikal yang ditahan dalam Op Mabuk di Jalan Coastal, semalam.
SEBAHAGIAN penunggang motosikal yang ditahan dalam Op Mabuk di Jalan Coastal, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia