Harian Metro

10,000 IKS ikuti Program Azam Bandar

-

Menyantuni golongan usahawan berpendapa­tan rendah, sekali gus mengeluark­an mereka daripada kepompong kemiskinan terus menjadi agenda utama dalam pelaksanaa­n Program Azam Bandar.

Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tan Sri Noh Omar berkata, hingga kini, 10,000 peserta usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) mengikuti program itu.

“Menerusi program ini, kami dapat melahirkan lebih ramai usahawan IKS yang berpendapa­tan tinggi, malah ada dalam kalangan mereka mampu mengekspor­t produk ke luar negara.

“Ini menjadi objektif kami sejak awal pelaksanaa­n program ini pada 2013. Kami mahu usahawan IKS ini keluar daripada kepompong kemiskinan dan menjana pendapatan lebih,” katanya selepas Majlis Penutup Program Azam Bandar Fasa 4 Tahun 2017, semalam.

 ??  ?? NOH (tengah) bersama peserta pada Majlis Penutup Program Azam Bandar Fasa 4 Tahun 2017.
NOH (tengah) bersama peserta pada Majlis Penutup Program Azam Bandar Fasa 4 Tahun 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia