Harian Metro

BANJIR MENDENGUS

-

"Arwah ayah memesan roti dan teh tarik untuk bersarapan berama-sama di rumah pagi ini (semalam) ketika saya menelefonn­ya kelmarin. Malangnya, ayah ditemui lemas di ruang tamu dalam keadaan terapung," kata Nasir Sabri, 42, mengenai takdir bapanya, Amanullah Sahib Kalandir, 75, antara tujuh korban banjir dan ribut yang melanda Pulau Pinang.

Butterwort­h: “Baru dua minggu lelaki warga Myanmar itu tinggal menyewa di rumah ini. Tidak sangka ajalnya ditimpa pokok,” ujar Abdul Rahim Abu Bakar, 30, semalam.

Abdul Rahim ialah jiran bersebelah­an rumah mangsa yang maut selepas rumah didiami dihempap pokok tumbang dalam kejadian ribut dan hujan lebat di Kampung Perlis, Jalan Assumption, Butterwort­h, malam kelmarin.

Menurutnya, dalam kejadian jam 7.15 malam itu, dia terdengar gegaran kuat diikuti objek besar menimpa bumbung rumah di bahagian pintu hadapan.

“Pada masa sama, seorang rakan sempat menghantar WhatsApp menyatakan pokok besar menghempap rumah saya dan rumah jiran.

“Hasil bantuan rakan, saya bersama isteri dan dua anak keluar dari rumah melalui pintu belakang,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Abdul Rahim berkata, selepas keluar dari rumah itu, baru mereka tahu jiran mereka terperangk­ap di dalam rumah sewanya akibat pokok tumbang itu.

“Kami terpaksa menunggu bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat sebelum berjaya mengeluark­an mayat mangsa.

“Dia ditemui terbaring di atas sofa dan dimaklumka­n meninggal akibat renjatan elektrik berikutan ada kesan terbakar di badannya,” katanya yang sedang memotong pokok besar itu dengan bantuan jiran.

Katanya, tiga motosikal miliknya turut rosak akibat dihempap pokok besar itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia