Harian Metro

Dukung bayi randuk air

-

Sungai Petani: Seorang wanita dalam tempoh berpantang terpaksa meranduk banjir setinggi paras pinggang sambil mendukung bayi berusia 22 hari dalam usaha menyelamat­kan diri.

Kejadian berlaku selepas rumah mangsa di Taman Sinar Mentari Fasa B, Bedong, di sini, dilanda banjir kilat jam 9.30 malam kelmarin.

Mangsa, Salmi Yusuf 39, terpaksa meredah air banjir tanpa sempat membawa barang berharga kerana bimbang keselamata­n bayinya berikutan paras air naik cepat.

“Walaupun berpantang, saya nekad keluar rumah bersama suami dan anak-anak lain.

“Kami tidak makan dan minum sejak kelmarin. Saya bimbang tidak dapat menyusukan anak yang bergantung pada susu badan,” katanya di Pusat Penempatan Banjir Kampung Lebai Ali, di Bedong, di sini, semalam.

Menurutnya, dia bersyukur apabila bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tiba, pagi semalam.

“Saya dapat menggantik­an pakaian basah serta menerima selimut dan pelapik tidur untuk digunakan ketika menyusukan bayi.

“Ini pengalaman pertama berdepan musibah banjir. Malah saya tidak sempat membuat persediaan terutama lampin pakai buang untuk bayi,” katanya.

 ??  ?? SALMI meriba bayinya sambil diperhatik­an jiran, Arinianti Abd Rahman (tengah) dan Zubedah Ahman.
SALMI meriba bayinya sambil diperhatik­an jiran, Arinianti Abd Rahman (tengah) dan Zubedah Ahman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia