Harian Metro

Wassiyah Shoppe jangka permintaan hibah hartanah bakal meningkat

-

Wasiyyah Shoppe Berhad (Wassiyah Shoppe) menjangkak­an insentif berkaitan pemilikan rumah yang diumumkan pada Bajet 2018 lalu bakal melonjakka­n permintaan terhadap produknya iaitu hibah hartanah.

Pengarah Eksekutifn­ya Ariffin Sabirin berkata, syarikat menjangka peningkata­n sehingga 30 peratus terhadap produk hibah hartanah tahun depan kerana Wasiyyah Shoppe adalah satu-satunya organisasi di Malaysia yang menyediaka­n perkhidmat­an hibah hartanah bercagar.

“Apabila ramai individu memiliki rumah maka keperluan untuk hibah meningkat terutama bagi pembelian rumah di antara anak dan ibu bapa yang diumumkan melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) kerana apabila berlaku kematian kepada anak, waris anak ialah pasangan dan anak-anak mereka.

“Maka hibah diperlukan di dalam situasi ini untuk mengelak masalah pewarisan,” katanya semalam.

 ??  ?? ARIFFIN
ARIFFIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia