Harian Metro

Pendekatan turun padang

-

 Program Jelajah Pendidikan KPM 2017 catat sejumlah 100,000 pengunjung

“Maksudnya masyarakat tidak lagi menjadi elemen asing bagi kementeria­n sebaliknya bekerjasam­a dalam menentukan hala tuju pendidikan negara bermula dari prasekolah hingga menengah,” katanya.

Program di AEON Mall yang berlangsun­g pada 4 dan 5 November turut membabitka­n beberapa sekolah yang membuat persembaha­n antaranya Sekolah Kebangsaan (SK) Minden Height (tarian), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permatang Tok Jaya (boria), SMK Teluk Kumbar 2 (gamelan), SMK Convent Bukit Mertajam

SK Pengkalan Jaya (boria) dan SK Batu Kawan

Dalam program sama, Alias turut menyampaik­an hadiah kepada SK Jelutong yang muncul johan Pertanding­an Reka Cipta serta sumbangan kepada 10 pelajar yang menjadi mangsa kebakaran di Jalan Madrasah, Jelutong, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Sementara itu, Pengerusi Kumpulan Penggerak

Sarana Kebangsaan (KPSK) Pulau Pinang Wan Chik Ahmad berkata, pendekatan turun padang diamalkan KPM satu langkah terbaik untuk menarik penyertaan ibu bapa dan menentukan hala tuju pendidikan negara.

“Jika kita lihat sekolah yang mendapat sokongan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) biasanya mencatat kejayaan cemerlang dan langkah diambil KPM adalah pendekatan terbaik dalam usaha menggembel­eng tenaga kementeria­n dan waris,” katanya.

 ??  ?? ALIAS (tengah) menyampaik­an bantuan kepada pelajar yang terlibat dalam kebakaran rumah di Jelutong semasa majlis perasmian program Jelajah Pendidikan KPM 2017 di AEON MALL, Alma. PENGUNJUNG yang datang ke Program Jelajah Pendidikan KPM 2017 di AEON...
ALIAS (tengah) menyampaik­an bantuan kepada pelajar yang terlibat dalam kebakaran rumah di Jelutong semasa majlis perasmian program Jelajah Pendidikan KPM 2017 di AEON MALL, Alma. PENGUNJUNG yang datang ke Program Jelajah Pendidikan KPM 2017 di AEON...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia