Harian Metro

Kedah nafi beri gelaran

- Sarah Zulkifli sarah@hmetro.com.my

Alor Setar: Kedah tidak pernah menganuger­ahkan gelaran ‘Datuk Seri’ kepada individu yang didakwa baru-baru ini kerana memukul tiga anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA), seperti dilaporkan media.

Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah Datuk Bijaya Indera Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata, ini kerana gelaran itu hanya dikurniaka­n secara terhad khas kepada kerabat diraja paling kanan, pembesar negeri dan individu yang banyak berjasa kepada negeri dan negara.

“Banyak pihak ambil kesimpulan individu yang ditangkap berkenaan adalah penerima ‘Datuk Seri’ daripada Tuanku Sultan Kedah.

“Sukacita saya maklumkan Kedah tidak pernah menganuger­ahkan gelaran ‘Datuk Seri’ kepada penama itu,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Pada 3 November lalu, individu itu yang mendakwa ‘Datuk Seri’, Liow Soon Hee, 29, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagi pertuduhan menyerang dan mencederak­an tiga anggota Rela berkenaan, dibenar diikat jamin namun ditahan semula berhubung kes dadah.

Mengenai dakwaan bahawa individu terbabit memegang kad Ahli Kehormat Persatuan Kerabat Diraja Kedah, beliau memaklumka­n persatuan itu dibatalkan pendaftara­nnya pada 2013 atas titah perintah almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang menjadi Sultan Kedah ketika itu. -BERNAMA.

Identiti sebenar empat suspek lelaki yang masih bebas dalam kes pembunuhan lelaki warga Korea Utara, Kim Chol (atau abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam) dan pergerakan keempat-empatnya didedahkan sebelum mereka keluar dari negara ini pada hari sama mangsa dibunuh.

Pegawai Penyiasat Kanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang/Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) Asisten Superinten­dan Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz berkata, mereka adalah Hong Song Hac, 34, atau nama gelaran Mr Chang, Ri Ji Hyon, 33, (Mr Y), Ri Jae Nam, 57 (Hanamori) dan O Jong Gil, 55, (James) yang semuanya warga Korea Utara.

Pada prosiding perbicaraa­n lalu, saksi kesembilan pendakwaan itu memberitah­u mahkamah, empat individu yang masih bebas dalam kes bunuh Kim Chol itu dikenali sebagai Mr Chang, Mr Y, James dan Hanamori yang juga dikenali dengan nama atau dan semua nama itu diperoleh daripada tertuduh warga Indonesia Siti Aisyah , 25, dan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia