Harian Metro

Komited ketengah seni, budaya Malaysia

-

DARI MUKA H53

Pengurus Besar Kanan, Jabatan Isi Rumah dan Produk Penjagaan Diri Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd (Lam Soon) Francis Ng berkata, pertanding­an itu menerima ratusan penyertaan secara dalam talian sebelum disenarai pendek menjadi 14 peserta, simbolik kepada jumlah negeri di Malaysia.

“Peserta hanya diberi masa tiga jam 30 minit untuk menyiapkan hasil karya mereka menggunaka­n cat semburan di atas panel seluas 5.7 meter persegi.

“Markah dinilai Ketua Kurator BSVN, Majidi Amir; Kurator Kanan BSVN, Bakhtiar Naim Jaafar; Pengurus Kanan Jenama, Produk Isi Rumah dan Penjagaan Diri Lam Soon, Mandy Lee serta dua artis grafiti terkemuka tanah air, iaitu Bee dan Bone Alfie,” katanya.

Pada majlis penutup, Antabax mengumumka­n Mohd Zulfadli Ahmad Nawawi sebagai pemenang tempat pertama yang menerima hadiah wang tunai RM7,500; diikuti Mohd Zaki Nordin (RM4,500) serta pasangan Siek dan Katun (RM2,500). Sementara

11 lagi peserta menerima penghargaa­n sagu hati, masing-masing RM500, hamper Antabax dan cat sembur bernilai RM200.

Melengkapk­an acara, satu klinik melukis grafiti untuk kanak-kanak berusia antara lapan hingga 18 tahun turut dijalankan kru District Gallery. Ia bertujuan memberi inspirasi kepada generasi muda, sekali gus mendedahka­n mereka mengenai cara mengendali­kan tin cat dengan betul, teknik asas, prosedur keselamata­n dan aspek kebersihan.

Menyentuh pemilihan aktiviti sedemikian untuk kempen, Francis berkata, Antabax bukan sekadar jenama produk penjagaan diri Malaysia yang terkenal dengan perlindung­an antibakter­ia selama 24 jam. Malah, ia komited mengetenga­hkan seni, budaya dan aktiviti warisan Malaysia menerusi pelbagai kempen.

“Sebagai jenama paling pantas berkembang dalam kategori produk penjagaan diri antibakter­ia, kami mahu mempromosi­kan gaya hidup aktif, sihat dan merapatkan hubungan dalam sesebuah komuniti.

“Selain pertanding­an grafiti, kami juga bawakan banyak pilihan permainan zaman sekolah untuk memelihara warisan lama dan memperkena­lkan pula keunikanny­a kepada generasi muda.

“Kami faham bahawa permainan rakyat Malaysia seperti oh som, lat tali lat, batu seremban, chap teh, ceper, lompat getah dan tengteng adalah permainan dari zaman kanak-kanak yang mampu menggamit memori.

“Justeru, dengan memperkena­lkan semula permainan ini, kami percaya sedikit sebanyak ia mampu memisahkan kanakkanak dan remaja daripada peranti mudah alih serta mengeratka­n lagi hubungan dalam kalangan ahli keluarga demi gaya hidup lebih sihat, aktif,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Besar BSVN, Prof Datuk Dr Mohamed Najib Ahmad Dawa berkata, acara yang disusun cukup selari dengan objektif BSVN untuk menjadikan seni, budaya dan warisan sebagai satu bahagian penting dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia.

“Kita harus mendidik rakyat supaya menghargai dan mencintai seni dari muda. Kami dapati bahawa kerjasama di antara kerajaan dan swasta seperti Antabax dapat membantu meningkatk­an kesedaran serta mencetuska­n minat terhadap seni grafiti serta permainan zaman kita kecil dahulu.

“BSVN berbesar hati apabila Antabax mencadangk­an untuk bekerjasam­a menganjurk­an Pertanding­an Grafiti Antabax 2017. Inisiatif sebegini dilihat boleh menjadi platform penting untuk artis grafiti tanah air meneroka peluang menjadi usahawan sekali gus menjana pendapatan lebih stabil.” katanya. - Intan Mas Ayu Shahimi

 ??  ?? PESERTA menyiapkan panel masing-masing.
PESERTA menyiapkan panel masing-masing.
 ??  ?? PEMENANG bergambar kenangan.
PEMENANG bergambar kenangan.
 ??  ?? DR Mohamed Najib bersama
Francis Ng (tiga dari kiri) melancarka­n pertarunga­n
grafiti.
DR Mohamed Najib bersama Francis Ng (tiga dari kiri) melancarka­n pertarunga­n grafiti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia