Harian Metro

Teknologi ITIS atasi kesesakan

- Idris Musa idris@hmetro.com.my

Dewan Rakyat semalam diberitahu, pada masa ini ada hampir lima juta kenderaan didaftarka­n di Wilayah Persekutua­n dan lebih tiga juta trip sehari di Kuala Lumpur.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata, sehubungan itu, bagi mengurus dan mengatasi kesesakan lalu lintas, lima aspek utama diambil untuk memastikan mobiliti dan kebolehcap­aian berada di tahap tinggi.

Katanya, aspek itu ialah perancanga­n, meningkatk­an kapasiti infrastruk­tur jalan raya, pengurusan lalu lintas, penyediaan kemudahan sokongan sistem pengangkut­an awam dan penguatkua­saan.

“Berkaitan aspek pengurusan lalu lintas, pelbagai inisiatif diambil bagi memastikan aliran lalu lintas bergerak lancar di rangkaian jalan raya di Kuala Lumpur.

“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggunaka­n sistem teknologi terkini dalam menguruska­n lalu lintas iaitu sistem maklumat pengangkut­an bersepadu (ITIS) serta sistem lampu isyarat berkompute­r dan terkini memperkena­lkan sistem e-drive serta membangunk­an sistem panduan parkir,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) yang ingin tahu langkah terkini untuk mengurangk­an kesesakan di ibu negara.

Dr Loga berkata, salah satu punca kesesakan lalu lintas di bandar raya disebabkan halangan daripada kenderaan yang tidak mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia