Harian Metro

Dana CIF RM50j kembang PKS

- Hafiz Ithnin hafizithni­n @mediaprima.com.my

 Peruntukan disalur dengan kerjasama SME Corp

Kerajaan terus membantu pembanguna­n perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan dengan mewujudkan platform Dana Pelaburan Bersama (CIF) bernilai RM50 juta daripada geran sedia ada yang diperuntuk­kan kepada golongan berkenaan.

Malah, kewujudan CIF yang dilaburkan kepada PKS bagi mengembang­kan perniagaan mereka turut membabitka­n pelabur swasta menerusi paltform Pembiayaan Ekuiti Ramai (ECF) dan Rakan Setara (Peer-to-Peer) atau P2P.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kerajaan menerusi SME Corp bakal mengunakan platform berkenaan dalam tujuan penyaluran geran kepada PKS yang layak.

Beliau berkata, platform pelaburan berkenaan penting dalam industri PKS tempatan kerana ia mampu memberi peluang kepada golongan itu menerokai pasaran di Malaysia dengan memanfaatk­an CIF atau P2P.

“Pelaksanaa­n perkara ini baru dilaksanak­an akan dibantu oleh Suruhanjay­a Sekuriti (SC) antaranya bagi menentukan kriteria pelaburan bersama untuk pembiayaan ekuiti dan berasaskan hutang.

“Menerusi dana pelaburan ini, kami berharap ia dapat menjadi mekanisme berkesan dengan membabitka­n kerjasama antara pihak kerajaan dan pelabur di Malaysia bagi bersama-sama membangunk­an industri PKS tempatan,” katanya selepas melancarka­n Persidanga­n Kewangan Digital SCxSC 2017 dan pelancaran platform maklumat bon serta sukuk berpusat di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi SC, Tan Sri Ranjit Ajit Singh yang dalam ucapannya mengariska­n kemajuan dibuat dalam pasaran digital sejak SC mengumumka­n strategi pasaran digital pada tahun lepas bagi meningkatk­an akses kepada pembiyaan, meningkatk­an penyertaan pelabur, memperluas pasaran institusi dan membangunk­an ekosistem sinergi.

Menurut SC, ECF dan P2P membiayai 450 cadangan perniagaan, menjana RM50 juta bagi memenuhi keperluan pembiayaan syarikat mikro PKS (SMKS). Platform itu secara khususnya lebih 70 peratus penerbit daripada wanita atau remaja sebagai pengasas dan 40 peratus daripada pelabur di bawah 35 tahun.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai langkah SC mengenai perdaganga­n mata wang digital, crypto, Ranjit berkata, pihaknya kini bekerjasam­a rapat dengan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi memperkena­lkan rangka kerja mengenai perkara itu dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Katanya, pihaknya juga sedang meninjau beberapa perkara yang sedang dibincangk­an oleh pihak pengawal selia global dan pendekatan mengenainy­a juga berbeza mengikut negara masing-masing.

 ?? Johari ?? JOHARI (dua dari kiri) bersalaman dengan Ranjit pada perasmian Persidanga­n Kewangan Digital SCxSC 2017 dan pelancaran platform maklumat bon serta sukuk berpusat, semalam.
Menerusi dana pelaburan ini, kami berharap ia dapat menjadi mekanisme berkesan...
Johari JOHARI (dua dari kiri) bersalaman dengan Ranjit pada perasmian Persidanga­n Kewangan Digital SCxSC 2017 dan pelancaran platform maklumat bon serta sukuk berpusat, semalam. Menerusi dana pelaburan ini, kami berharap ia dapat menjadi mekanisme berkesan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia