Harian Metro

‘City bukan menang secara normal’

-

Manchester: Arsene Wenger terpaksa menerima hakikat bahawa Manchester City pastinya ‘sukar dihalang’ untuk menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris terutamany­a jika pengadil terus menyebelah­i mereka.

Pengurus Gunners itu menuduh penyerang City Raheem Sterling sengaja menjatuhka­n badan selepas berjaya mendapatka­n penalti yang memastikan mereka menang 3-1 ke atas Arsenal di Etihad, kelmarin.

Wenger ternyata berang dengan tindakan pengadil Michael Oliver yang memberikan sepakan penalti selain gol yang didakwa pengurus Arsenal itu sebagai ofsaid.

“Saya percaya itu bukan penalti,” kata Wenger. “Kita tahu yang Raheem Sterling sengaja menjatuhka­n badan dan dia melakukann­ya dengan baik.

“Gol ketiga pula adalah ofsaid. Saya amat kecewa kerana kami masih berpeluang pada kedudukan 2-1. Gol ketiga memusnahka­n segala-galanya dan secara kebetulan pasukan tuan rumah sentiasa terlepas dengan kesalahan mereka.

“Malang sekali perlawanan itu berakhir sedemikian. Saya kecewa. Anda boleh terima jika City menang secara normal, mereka pasukan yang bagus tetapi ini sukar diterima,” kata Wenger selepas perlawanan itu yang menyaksika­n pasukannya ketinggala­n 12 mata berbanding pendahulu.

“Musim lalu kami kehilangan dua gol kerana ofsaid dan ia berlaku lagi. City pasti sukar dihalang.”

City mencatat 10 kemenangan dan satu seri daripada 11 pelawanan awal musim ini, mencetuska­n spekulasi mereka mampu mengulangi pencapaian skuad ‘Invincible­s’ Arsenal kendalian Wenger yang menamatkan kempen Liga Perdana 2003/04 tanpa sebarang kekalahan.

“Lihat, adakah sesiapa mampu menghalang mereka?” soal Wenger.

“Pastinya sukar menghalang mereka dengan permulaan cemerlang, pencapaian dan kualiti yang dimiliki mereka.

- AFP

 ??  ?? JESUS (kanan) ledak gol ketiga Citizens sekali gus membunuh semangat pemain Arsenal.
JESUS (kanan) ledak gol ketiga Citizens sekali gus membunuh semangat pemain Arsenal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia