Harian Metro

‘Safiq wajar dihukum’

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) digesa agar mengambil tindakan ke atas ketua pasukan Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Safiq Rahim ekoran mengeluark­an kata-kata kesat kepada penyokong yang jelas melanggar etika pemain bola sepak profesiona­l.

Bekas pengurus Selangor, Zakaria Rahim berkata, perbuatan Safiq mencarut di hadapan pihak media yang kemudianny­a menjadi bahan tatapan seluruh peminat tempatan tidak sepatutnya terlepas daripada tindakan disiplin dengan FAM wajar menghukum pemain tengah itu.

Zakaria yang pernah mengendali­kan beberapa kelab amatur di Manchester, England selama enam tahun menegaskan, setiap bidang kerjaya memiliki etika mesti dipatuhi termasukla­h pemain bola sepak yang terikat dengan etika Fairplay atau Respeck.

Katanya, walaupun ketua pasukan kebangsaan itu mungkin sekadar melepaskan tekanan selepas membantu Johor DT menjuarai Piala Malaysia, dia ketika itu masih lagi memakai jersi kelabnya yang membawa imej Liga Malaysia dan sukan bola sepak secara amnya.

“FAM dan FMLLP tak boleh berdiam diri. Ini contoh tak baik yang jauh sekali menyimpang dengan etika Fairplay atau Respeck yang ditekankan FIFA (Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa) dan AFC (Konfederas­i Bolasepak Asia) selama ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Jelasnya, isu berkenaan pernah berlaku kepada bekas penyerang Manchester United, Wayne Rooney pada 2011 ketika kelabnya berdepan West Ham United di mana Rooney mengeluark­an kata-kata kesat kepada penyokong dan pengkritik­nya yang sempat dirakam pihak media.

Kelakuan Rooney itu akhirnya mendapat perhatian serius Persatuan Bolasepak Englang (FA England) yang kemudianny­a menggantun­g dua perlawanan kerana didapati bersalah menghina penyokong.

“Kes Rooney antara contoh yang harus FAM dan FMLLP ambil kira. Dia yang kini bermain untuk Everton dihukum dan kemudianny­a tampil memohon maaf atas kesilapann­ya serta mengakui dirinya melanggar etika pemain profesiona­l.

“Jadi, takkan badan pentadbir bola sepak kita nak berdiam atau nak memenangka­n Safiq yang terang-terang dalam rakaman video mencarut dan menghina penyokong. Sebagai pemain profesiona­l, dia kena terima hakikat bahawa kritikan adalah sebahagian daripada hidupnya.

“Tetapi dia pula tak boleh nak ‘counter’ kerana dia ada etika selain menjadi ikon kepada masyarakat dan kanak-kanak. Kalau tak tahan dicemuh, berhenti jadi pemain bola dan pergi jadi askar, mekanik atau polis,” katanya.

Menerusi rakaman video berdurasi seminit yang viral ketika ini, Safiq dilihat seperti melepaskan geram kepada pengkritik yang dianggap membenci Johor DT apabila secara tiba-tiba menjerit dengan mengeluark­an kata-kata kesat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia