Harian Metro

Chiow Chuan akur MHC tak sambung kontrak

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Lim Chiow Chuan mengesahka­n kontraknya selaku penolong jurulatih skuad hoki lelaki negara tidak disambung semula oleh Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC).

Chiow Chuan berkata, perkara itu sudah dimaklumka­n secara rasmi oleh Presiden MHC Datuk Seri Subahan Kamal semalam selepas keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Lembaga Eksekutif, Sabtu lalu.

Mengaku sedikit terkejut dengan keputusan berkenaan, bekas pemain negara itu bagaimanap­un menerimany­a dengan hati terbuka.

“Pada awalnya memang agak terkejut kerana saya berasakan segala-galanya berjalan dengan baik.

“Tetapi saya berfikiran positif dan menganggap mungkin ada individu yang lebih baik dapat membimbing skuad kebangsaan. Apapun terima kasih kepada MHC terutama presiden yang memberi kepercayaa­n kepada saya untuk menjadi sebahagian daripada staf kejurulati­han skuad kebangsaan sepanjang dua tahun ini.

“Saya tak tahu lagi apa perancanga­n selepas ini. Mungkin saya akan ambil masa untuk berehat seketika,” katanya.

Chiow Chuan dilantik selaku penolong jurulatih kepada Stephen Van Huizen bermula Oktober 2015 dan kontraknya tamat secara rasmi September lalu.

Jelas

bekas

jurulatih skuad kebangsaan Singapura itu, dia berpuas hati sepanjang dua tahun berkhidmat bersama skuad kebangsaan.

“Saya berasakan sepanjang tempoh itu pasukan kebangsaan kita mempamerka­n peningkata­n yang cukup ketara. Banyak lagi yang perlu dilakukan oleh skuad kebangsaan selepas ini terutamany­a untuk menghadapi Piala Dunia tahun depan.

“Saya ucapkan selamat berjaya kepada semua pemain,” katanya.

Chiow Chuan adalah antara watak penting di sebalik prestasi cemerlang skuad negara sepanjang tahun ini bermula dengan muncul juara di Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia di Dhaka, Bangladesh.

Kemudian gandingann­ya bersama Van Huizen mengejutka­n banyak pihak apabila membantu skuad kebangsaan layak secara merit ke Piala Dunia 2018 di Bhubaneswa­r, India menerusi Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di London, Jun lalu.

Malaysian Tigers menutup musim gemilang tahun ini dengan muncul naib juara Piala Asia di Dhaka, Bangladesh bulan lalu yang juga pencapaian terbaik negara sepanjang penyertaan di kejohanan itu.

 ??  ?? CHIOW Chuan (kanan) ketika membantu Stephen (dua kiri) dalam skuad kebangsaan.
CHIOW Chuan (kanan) ketika membantu Stephen (dua kiri) dalam skuad kebangsaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia