Harian Metro

Pemain dah pamer aksi terbaik

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: ‘Tewas bermaruah.’ Itu reaksi pengurus skuad lelaki negara, Yusoff Ali selepas tewas kepada seteru utama, Thailand di final Piala Dunia ISTAF (Persekutua­n Sepaktakra­w Antarabang­sa) di India, kelmarin.

Malaysia menampilka­n semangat juang yang tinggi terutamany­a pada set kedua sehingga mengheret perlawanan ke mata tambahan dengan Thailand akhirnya menang dengan keputusan 23-21.

“Pemain sudah memberikan persembaha­n yang terbaik untuk menang. Cuma sedikit kesilapan merencatka­n usaha untuk meraih kemenangan. Tahniah kepada pemain yang memaksa lawan bermandi peluh sebelum tewas.

“Malah sehingga pada satu ketika, mereka terpaksa menurunkan tekong berpengala­man, Siriwat Sakha. Bagi saya, ini adalah tewas yang bermaruah,” katanya.

Skuad negara turut memberikan saingan sengit pada set pertama apabila hanya tewas 19-21.

Bagaimanap­un Yusoff mengakui kelemahan yang berlaku sehingga menyumbang kepada kekalahan skuad negara kendalian Abdul Talib Ahmad selain insiden Stadium Tertutup Gachibowli yang terputus bekalan elektrik kira-kira 15 minit mengganggu rentak Malaysia.

“Pada pandangan saya kesilapan mengawal sentuhan pertama apabila menerima servis lawan terutamany­a pada kedudukan penting perlu diperbaiki,” katanya.

Pencapaian di Hyderabad mengulangi edisi 2011 apabila skuad negara turut kecundang kepada Thailand di final ketika kejohanan berlangsun­g di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia