Harian Metro

Diam 7 tahun Alif ‘berisi’

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Sambung pengajian selepas tamat AF8, kini fokus promosi single kedua

Selepas tujuh tahun, barulah single kedua Alif Kadim berjudul Kasih Yang Teragung dilancarka­n.

Sebelum ini, bekas peserta program realiti Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8) ini pernah tampil dengan single pertama berjudul Bangun Semula.

Menyedari tempoh yang diambil untuk hadir dengan single kedua agak lama, Alif berkata, selepas tamat AF8 dia menyambung pengajian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) menyebabka­n dia sibuk.

“Saya tahu memang terlalu lama. Banyak perkara yang saya lakukan. Selain menyambung pelajaran saya juga sibuk dengan persembaha­n di majlis korporat.

“Oleh itu, saya akan memberi fokus yang lama juga untuk mempromosi­kan single ini. Harapan saya ia akan dikenali dan disukai semua,” katanya.

Dalam pada itu, Alif berkata, diamnya berisi dan bukan diam tidak melakukan apa-apa.

“Selama menyepi saya tetap sibuk memenuhi undangan nyanyian di majlis korporat. Malah saya pernah terbabit kontrak selama empat tahun mengacara program travelog di saluran TVi RTM.

“Apabila sudah tamat kontrak barulah saya boleh fokus untuk tampil dengan lagu baru. Rindu juga untuk kembali mengacara tetapi buat masa sekarang saya mahu fokus dengan single ini,” katanya.

Berkongsi mengenai kehadiran ramai artis baru sekarang, Alif tidak menafikan persaingan dengan mereka sangat mencabar.

“Saya sedar tidak mudah untuk bersaing dengan mereka kerana nasib semua orang berbeza-beza.

“Namun, saya berharap single ini akan diterima dan saya dapat bersama-sama dengan yang lain mewarnai industri seni,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia