Pertimbang kamera aksi
Kerajaan Selangor disaran mempertimbangkan cadangan untuk melengkapkan anggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan kamera aksi bagi membolehkan mereka merakam sebarang salah laku orang awam.
Ia susulan kejadian anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) diserang suami isteri ketika menjalankan tugas mengunci tayar kenderaan yang tidak mematuhi peraturan di Jalan Puteri Puchong, Bandar Puteri Puchong, baru-baru ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong Ng Tien Chee berkata, penggunaan alat berkenaan membolehkan tindakan susulan dapat dilakukan dalam tempoh segera kerana ia dapat merakam situasi ketika kejadian berlaku.
“Saya minta kerajaan negeri pertimbangkan cadangan itu kerana ia keperluan pada masa kini untuk anggota penguat kuasa PBT.
“Ketika kejadian, tiada video menunjukkan mangsa diserang dan bukti kesalahan yang dilakukan mereka, jika ada alat berkenaan, ia dapat membantu memudahkan sebarang tindakan di kemudian hari,” katanya pada sidang media
Mudahkan penguat kuasa rakam sebarang salah laku orang awam bagi tindakan lanjut
di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.
Sementara itu, ADUN Kinrara Ng Sze Han berkata, orang ramai yang hendak ke kawasan berkenaan diminta mematuhi undang-undang dengan meletakkan kenderaan di kawasan sepatutnya.
“Di kawasan berkenaan ada parkir disediakan di bawah tanah dengan kadar caj munasabah kepada orang ramai iaitu RM2 sejam dan RM1 untuk sejam berikutnya.
“Ia adalah kejadian kali kedua berlaku di kawasan berkenaan kepada anggota penguat kuasa sama yang diserang Selasa lalu,” katanya.