Harian Metro

BALASAN AMARAH

Bekas akauntan halang tugas penjawat awam didenda RM3,000

- Sarah Zulkifli sarah@hmetro.com.my

Petaling Jaya

Wanita yang dirakam bertekak dengan seorang penguat kuasa Majlis Perbandara­n Subang Jaya (MPSJ) sambil memegang besi pengunci stereng di Jalan Puteri, Bandar Puteri

Puchong sehingga tular di media sosial baru-baru ini, didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Salamiah Salleh menjatuhka­n hukuman itu terhadap Lew Yoke Peng, 43, yang juga bekas akauntan, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan menghalang penjawat awam menjalanka­n tugas, dua bulan lalu.

Mahkamah turut memerintah­kannya menjalani hukuman penjara tiga bulan jika dia gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menghalang tugas penjawat awam iaitu penguat kuasa MPSJ, Nor Safuan Noordin, 31, daripada menjalanka­n tugas di Jalan Puteri 1/4, Bandar Puteri, Puchong di sini, jam 1 tengah hari, 6 September lalu.

Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 186

Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman lebih berat disebabkan kesalahan dilakukan tertuduh serius malah menghina undang-undang negara.

“Satu bentuk hukuman yang dapat memberikan pengajaran ke atas tertuduh dan masyarakat agar tidak mencabar penguat kuasa dalam menjalanka­n tugas,” katanya. Peguam, Lim Chi Chau yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman berbentuk denda saja dengan alasan sepanjang tempoh pemenjaraa­n bagi kesalahan menghina mahkamah memberikan keinsafan terhadap anak guamnya.

“Selain itu, tertuduh juga mempunyai tanggungja­wab besar untuk menjaga suaminya yang juga orang kurang upaya (OKU) bagi mendapatka­n rawatan di hospital lebih daripada dua kali seminggu di samping perlu menyara ahli keluargany­a termasuk ibu bapa yang uzur,” katanya.

Pada 30 Oktober lalu, wanita itu dipenjara dua minggu oleh Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan menghina mahkamah pada hari sama dia didakwa atas kesalahan menghalang penjawat awam.

 ??  ?? RAKAMAN menunjukka­n Lew bertekak dengan penguat kuasa MPSJ, September lalu. LEW mengaku bersalah pertuduhan halang petugas MPSJ.
RAKAMAN menunjukka­n Lew bertekak dengan penguat kuasa MPSJ, September lalu. LEW mengaku bersalah pertuduhan halang petugas MPSJ.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia