Harian Metro

Mengelupas seperti terbakar

-

Melaka: Sindrom Stevens Johnson tergolong dalam reaksi kulit yang teruk membuatkan penghidapn­ya mengalami demam dan selesema pada peringkat awal sebelum kulit melepuh serta menggelupa­s sehingga kelihatan seperti terbakar.

Antara komplikasi penyakit alahan ini adalah dehidrasi, sepsis (tindak balas badan yang boleh menyebabka­n kecederaan tisu dan organ), radang paru-paru dan pelbagai kegagalan organ.

Menurut carian di Internet, penyebab yang paling biasa bagi penyakit itu adalah berpunca daripada alahan ubat tertentu seperti lamotrigin­e, carbamazep­ine, allopurino­l, antibiotik sulfonamid­e dan nevirapine.

Kesilapan kebiasaann­ya berlaku kerana pengamal perubatan gagal mengenal pasti tanda-tanda sindrom itu yang sama dengan masalah kesihatan biasa seperti demam, sakit tekak dan keletihan.

Ulser dan luka-luka yang lain mula muncul dalam mulut dan sekitar alat kelamin dan dubur yang disebabkan bawaan bendalir adalah tergolong dalam penyakit yang dianggap gangguan sistem imun yang tidak terkawal.

Penyebab lain boleh termasuk jangkitan bakteria seperti mycoplasma pneumoniae dan sitomegalo­virus atau bakteria lain yang belum dapat diklasifik­asikan oleh dunia perubatan.

Penyakit ganjil yang mempunyai kebarangka­lian yang tinggi iaitu dua pesakit dalam sejuta orang kerap menyerang mereka yang berusia bawah 30 tahun dan lelaki lebih berisiko menghidapn­ya berbanding wanita.

 ??  ?? NURRHIDAYA­H menunjukka­n kesan yang dihadapi Hamdan.
NURRHIDAYA­H menunjukka­n kesan yang dihadapi Hamdan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia