Harian Metro

DUA KALI CURI

- Razik Zayad hmkk@hmetro.com.my

Penjenayah tak puas hati hasil rompakan pertama kembali larikan kereta mangsa

Tidak berpuas hati dengan hasil curi, dua sekawan sekali lagi memecah masuk rumah sama dan melarikan kereta sebelum diberkas polis di Kampung Muhibbah, Likas di sini, Selasa lalu.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, kedua-dua suspek berusia 24 dan 28 tahun ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu selepas menyerbu rumah tidak bernombor di kampung berkenaan.

Difahamkan, kedua-dua suspek memecah masuk rumah sewa dan melarikan beberapa barangan peribadi milik pekerja kilang berusia 27 tahun berhampira­n stesen minyak di Jalan Tuaran dekat sini, 4 November lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, kejadian itu menyebabka­n mangsa kerugian selepas kehilangan beberapa telefon bimbit, dompet serta serangkai kunci kereta.

“Pada jam 11 malam keesokan harinya, mangsa sekali lagi terkejut apabila terdengar penggera kenderaan berbunyi dan ketika membuat pemeriksaa­n, dua individu tidak dikenali melarikan keretanya,” katanya, semalam.

Beliau berkata, susulan maklumat mangsa, sepasukan anggota polis membuat siasatan dan menjejaki dua suspek berkenaan di Kampung Muhibbah Likas.

“Hasil siasatan terhadap kedua-dua suspek, mereka mengaku memecah masuk rumah sewa mangsa dan turut melarikan kereta berkenaan. “Berpanduka­n tunjuk arah suspek, polis menemui semula Proton Saga BLM milik mangsa di bulatan Kingfisher, Jalan Sulaman pada hari sama tangkapan dilakukan,” katanya. Katanya, seorang daripada suspek memiliki rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 15(1), Akta Dadah Berbahaya 1952.

 ??  ?? KERETA mangsa yang dilarikan ditemui semula di bulatan Kingfisher, Jalan Sulaman pada hari sama suspek ditahan.
KERETA mangsa yang dilarikan ditemui semula di bulatan Kingfisher, Jalan Sulaman pada hari sama suspek ditahan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia