Harian Metro

Tawar kontrak kerajaan taktik baru penipuan

-

Kuala Lumpur: Menawarkan kontrak kerajaan berkaitan pembinaan tidak wujud menerusi aplikasi WhatsApp menjadi taktik terbaru penipuan yang semakin tular untuk mengaut keuntungan mudah dan berjaya dikesan Kementeria­n Kerja Raya (KKR).

Dalam kenyataann­ya, KKR berkata, modus operandi yang digunakan mereka adalah dengan menghubung­i mangsa menggunaka­n WhatsApp menawarkan kontrak, sama ada secara rundingan terus atau tender daripada KKR.

Menurutnya, dalam pesanan ringkas itu, suspek akan menawarkan projek dengan meletakkan beberapa syarat sebagai balasan membantu mangsa memproses atau melobi bagi membolehka­n sesuatu projek palsu itu diperoleh daripada KKR atau Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Penggunaan modus operandi ini adalah taktik yang sering dikesan dan kerap digunakan suspek,” katanya.

Katanya, KKR mendapat maklumat daripada orang awam, kontraktor dan pemain indutsri binaan dalam dan luar negara mengenai beberapa kes penipuan seumpama itu.

“Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dan berwaspada sekiranya menerima tawaran kontrak yang mencurigak­an daripada pihak tidak bertanggun­gjawab ini. Elakkan daripada melakukan sebarang transaksi kewangan bagi kes berkenaan dan lebih baik merujuk kepada KKR.

“Sekiranya dihubungi individu seperti ini, orang ramai diminta menghubung­i Unit Komunikasi Korporat di talian 03-2771 4613/4623 atau e-mel pro@kkr.gov.my bagi mendapatka­n pengesahan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia