Harian Metro

TAUKE TERJAHAT

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

 Pembantu kedai kek

diperkosa majikan

Baru bekerja tidak sampai seminggu, namun seorang gadis pembantu kedai kek di Seri Kembangan di sini, diperkosa majikannya di Puchong Prima, di sini, Oktober lalu.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa berusia 17 tahun itu dikatakan dijemput suspek berusia 50 tahun di rumahnya di Puchong Jaya, di sini, sebelum suspek mendakwa tertinggal barang di kediamanny­a.

Sumber polis berkata, sebaik tiba di pangsapuri milik suspek, mangsa diminta masuk ke dalam rumah itu.

“Selepas beberapa kali dipujuk, mangsa akhirnya setuju masuk ke dalam rumah itu dan dibawa ke bilik tidur oleh suspek sebelum dia diraba dan dipeluk. Mangsa menepis perbuatan suspek dan cuba melarikan diri namun suspek terus menariknya secara paksa sebelum menolaknya ke atas katil.

“Suspek merogol remaja itu tanpa mempedulik­an rayuan mangsa. Suspek kemudian memberi amaran supaya dia tidak menceritak­an kejadian itu sebelum menghantar mangsa pulang.

“Mangsa membuat laporan di Balai Polis Bukit Puchong, di sini,” katanya.

Suspek berjaya ditahan di sebuah hotel di Puchong, jam 3.45 pagi, Khamis lalu. Lembaga Tabung Haji (TH) menafikan pembabitan­nya dan anak syarikat dalam kegiatan pengubahan wang haram milik Putera Al-Waleed bin Talal seperti disiarkan dalam media sosial.

TH dalam kenyataan berkata, tuduhan pengamal media sosial mengenai pembabitan­nya dalam kegiatan itu adalah tidak berasas dan palsu.

Menurutnya, tuduhan dipercayai berdasarka­n laporan dari ‘Australia Financial Review’ pada Mac 2017 berkaitan Cresmount Capital, sebuah dana dari Timur Tengah yang dikendalik­an Putera Khaled, anak Putera Al-Waleed bin Talal.

Katanya, dana itu dikatakan membuat pelaburan berjumlah RM321 juta (100AUD) ke dalam syarikat pemaju hartanah di Sydney, Piety Investment­s.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia