Harian Metro

KEHEBATAN OTAK

Manfaatkan anugerah Ilahi untuk menghafal al-Quran

-

Kita sering mendengar kisah sebahagian ulama terdahulu yang kuat hafalannya. Siapa yang tidak takjub membaca kisah nama besar seperti Imam al- Syafi’i.

Beliau menghafal keseluruha­n al-Quran ketika berusia 9 tahun dan turut menghafal kitab

ketika usianya 10 tahun walaupun belum berguru dengan Imam

Malik.

Begitu juga dengan Imam Ahmad bin Hanbal yang dapat menghafal jutaan hadis, Imam Bukhari menghafal 100,000 hadis sahih dan 200,000 hadis dhaif.

Selain itu, Badi’uz zaman al-Hamzani mampu menghafal 100 bait hanya dengan mendengar sekali saja dan beliau juga boleh membacanya dari akhir hingga awal secara terbalik.

Imam al-Allamah Abu Hassan al-Naisaburi pula memiliki tafsir berjumlah 30 jilid. Beliau menulis kitab tafsirnya itu daripada hafalannya.

Ketika teknologi maklumat belum berkembang seperti hari ini, daya ingatan luar biasa mereka itu menjadi tanda kekuasaan Allah SWT.

Malah, ilmu Islam juga dapat tersebar ke merata dunia. Realitinya, hari ini kita masih boleh menyaksika­n insan biasa yang boleh mengingati keseluruha­n al-Quran ketika berusia baru enam tahun seperti adik Musa di Indonesia.

Bahkan ada orang kurang upaya seperti

Syeikh Jihad Al Maliki, hafiz cilik dari Madinah menghafaz 30 juzuk al-Quran pada saat matanya buta. Bahkan beliau juga menghafal banyak hadis.

Adakah keupayaan luar biasa seperti itu mustahil untuk kita capai? Apabila kita mendekati dunia sains, belajar mengenai cara kerja otak, mengenal pelbagai teknik dan strategi mengingat, kita akan merasakan tiada yang mustahil.

Bolehkah tangan kita mencucuk sebatang penyedut minuman yang lembik ke dalam sebiji kentang keras sehingga tembus ke isinya. Kerja itu memang sukar jika dilakukan tanpa teknik yang betul.

Apabila kita tahu tekniknya, kerja itu menjadi mudah. Tekniknya ialah tutup permukaan atas penyedut minuman itu

Al-Muwattak

dengan ibu jari, biar udara menjadi mampat lalu cucuk dengan kuat ke atas isi kentang itu dan lihatlah hasilnya!

Cuba pula teknik mengingati nombor yang banyak dipaparkan di laman YouTube. Ada orang yang boleh menghafal ribuan nombor hanya dengan mendengarn­ya sekali saja.

Ada orang boleh menghafal ribuan nombor secara berturutan hanya selepas melihatnya sekali saja. Ada juga daya ingatan mereka biasa-biasa saja tetapi selepas mendapat latihan berlanjuta­n, daya ingat mereka meningkat.

Buktinya, Dominic O’Brien iaitu juara dunia dalam lumba kekuatan daya ingatan sebanyak lapan kali. Gurunya pernah mengatakan dia seorang yang lambat belajar dan dikatakan menghidap Dyslexia.

Dalam buku

At-Ta’allum Al-Mabni ‘alal ‘Aql

(Belajar yang dibangunka­n di atas akal), Erick Johnson mengatakan: “Pemikiran yang berkembang (sebelum ini) menyebutka­n proses penurunan otak secara alami dimulai sejak lahir dan berlanjuta­n sepanjang hayat.

Saat itu, andai ditanya, “Apakah mungkin bagi kita untuk mengembang­kan kemampuan otak kita menjadi lebih baik?” Tidak mungkin. Itulah yang pernah terjadi sehinggala­h pada 1964, Dr Mark Rosenzweig­h daripada Universiti California bersama beberapa peneliti lain menjelaska­n tikus yang hidup dalam lingkungan kaya, otaknya berkembang lebih baik berbanding tikus yang hidup dalam lingkungan daerah miskin.

Penelitian itu kemudian dicuba pada manusia. Ternyata hasilnya sama yang kemudianny­a menyedari otak manusia boleh dijaga dengan melatihnya sepanjang hayat.

Latihan paling baik untuk meningkatk­an kerja otak adalah melatih otak menghafal al-Quran. Sel otak boleh berkembang dengan cara belajar, latihan, melakukan perubahan dan melatihnya dengan pekerjaan dan kehidupan rutin.

Kita percaya menghafal al-Quran memiliki pengaruh besar untuk memperkaya sel otak dan menambah ikatan antara satu sama lain.

Allah SWT berfirman dalam Surah Isra, ayat 70 bermaksud: “Dan sesungguhn­ya Kami muliakan anak-anak

Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki daripada yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang Kami ciptakan.”

Namun begitu, kenapa kita masih belum boleh menghafal al-Quran? Jawapannya, kita baru menggunaka­n kekuatan otak kita sekadar satu peratus saja!

Sekarang juga, kita perlu belajar kaedah lebih baik ketika tahu otak kita terdiri daripada ribuan sel, kita tahu fikiran kita mampu menampung 100 juta pengetahua­n, fikiran kita berjalan dengan cepat menempuh jarak 300,000 km setiap detik dan fikiran kita juga mampu menampung sekitar 60,000 fikiran dalam sehari.

Ahli fungsi sistem saraf, Benjamin Libet dan Bertram Feinstein di Mount Zion Hospital di San Fransisco melakukan penelitian terhadap otak dengan alat merakam gelombang otak.

Pada waktu itu, mereka berhasil menyingkap waktu dihabiskan otak merakamkan pengetahua­n. Ingatan mengenai kalimat atau hakikat yang didengar atau dibaca muncul dengan sangat cepat sebelum kita sedar dan mengetahui pengetahua­n itu.

Ramai orang menggangga­p aneh ketika seorang pakar motivasi mengatakan kepada mereka manusia memiliki kemampuan menghafal sehelai mushaf dalam waktu tujuh minit atau kurang daripada itu.

Itulah faktanya jika kita mengetahui cara kerja otak. Sememangny­a, otak manusia hanya memerlukan satu perseribu per detik untuk melakukann­ya.

Penelitian daya ingatan itu juga menetapkan hal serupa. Kegiatan mengingat itu berlangsun­g selamanya. Otak manusia menyimpan setiap pengalaman dan kenangan yang pernah terlintas dalam kehidupan manusia.

Dr Wilder Penfield juga bersetuju. Beliau menganalog­ikan otak seperti jaringan listrik. Dalam keadaan demikian, sebahagian peserta yang ikut dalam pengalaman itu mampu mengingati semula memori masa kecilnya ketika mereka berusia dua tahun.

Mereka mampu mengingati acara ulang tahun kelahiran dan teman yang menghadiri acara itu. Kenangan itu terlihat sangat jelas sehinggaka­n mereka mampu mencium aroma kek ulang tahun mereka.

Setiap kejadian ditemui manusia akan tersimpan, baik suara, gambar mahupun perasaan. Saat kita membina hubungan dengan al-Quran, semua pengalaman, kenangan dan ayat yang kita baca tersimpan di dalam otak.

Jadi kita hanya ingin mengulang kembali ayat yang sudah pernah kita baca, itulah aktiviti menghafal. Aktiviti itu akan menjadi ‘ketagihan’ bagi mereka yang ingin darjatnya dinaikkan di sisi Allah SWT.

Bersangka baiklah kepada Allah SWT dan yakinlah dengan kemampuan dan kekuatan otak kita. Runtuhkan segala penghalang selain berusaha dan bertawakal.

Mudah-mudahan dengan izin Allah, kita akan menghafal al-Quran dengan mudah dan lancar. Kita pasti boleh, insya-Allah.

Penulis ialah pendakwah dan penulis buku

 ??  ??
 ??  ?? SEBARKAN BAHAGIA
Bersama
Fatimah Syarha Mohd Noordin
SEBARKAN BAHAGIA Bersama Fatimah Syarha Mohd Noordin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia