Harian Metro

Elak salahkan pihak lain

-

Tasek Gelugor: Mangsa banjir di negeri ini perlu reda dan sabar dengan musibah menimpa mereka dengan mengelak menyalahka­n pihak lain terutama mereka yang mengambil keputusan tidak mahu berpindah ke pusat pemindahan.

Bencana alam disifatkan paling buruk dalam tempoh 14 tahun itu menyebabka­n kebanyakan mangsa terjejas teruk dan trauma, namun bersyukur berikutan pelbagai pihak tampil menghulurk­an bantuan kepada mereka.

Seorang mangsa banjir, Fauziah Che Ros, 51, berkata, musibah yang berlaku itu menonjolka­n pelbagai sikap manusia yang berterusan menyalahka­n orang lain termasuk memuat naik status di laman sosial hingga tular.

“Dalam situasi seperti ini, semua mangsa perlu bertenang dan ikut arahan ditetapkan pihak berkuasa dengan mengutamak­an keselamata­n terlebih dulu.

“Jika pihak berwajib suruh pindah, pindahlah demi nyawa tetapi jika tidak mahu, terpulang tetapi jangan menyalahka­n pihak yang bertungkus-lumus membantu apabila bantuan tidak sampai kepada mereka,” katanya ditemui di Pusat Pemindahan

Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Padang Menora di sini, semalam.

Menurutnya, seluruh agensi dan sukarelawa­n bekerja tidak henti sejak banjir melanda negeri ini, Sabtu lalu demi menjaga keselesaan mangsa yang terjejas.

“Seperti di pusat pemindahan ini, makan dan minum jangan cakaplah, sentiasa cukup tidak kira dari pagi sampai malam, bahkan berlebih-lebihan apabila rakyat pelbagai bangsa sepanjang masa hadir menghulurk­an bantuan.

“Jadi, bila dengar mangsa di rumah yang tidak mahu berpindah marah sana sini apabila bantuan tidak sampai, terasa kecewa dengan sikap mereka walhal dari awal lagi sudah diminta keluar dari kediaman masing-masing,” katanya.

 ??  ?? PENDUDUK bersama cucunya mengangkat tingkap rumahnya yang runtuh di Kampung Lahar Yooi, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
PENDUDUK bersama cucunya mengangkat tingkap rumahnya yang runtuh di Kampung Lahar Yooi, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
 ??  ?? KAKITANGAN Majlis Bandaraya Johor Bahru membersihk­an banjir di Jalan P Ramlee, Georgetown.
KAKITANGAN Majlis Bandaraya Johor Bahru membersihk­an banjir di Jalan P Ramlee, Georgetown.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia