Harian Metro

4 petugas kemas kini cuaca semasa

-

Kuala Lumpur: Orang ramai boleh merujuk aplikasi mudah alih, myCuaca yang mengandung­i maklumat cuaca terkini selain laman web Jabatan Meteorolog­i Malaysia (METMalaysi­a).

Ketua Pengarah METMalaysi­a Alui Bahari berkata, empat petugas bertanggun­gjawab mengemas kini keadaan semasa cuaca dalam aplikasi dan laman web berkenaan bagi membolehka­n rakyat bersedia menghadapi perubahan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

“Semua petugas berkenaan mempunyai dua syif iaitu pagi dan malam. Mereka bukan saja kemas kini aplikasi, malah di laman web METMalaysi­a http://www.met. gov.my/. Keadaan semasa cuaca dikemas kini dua kali sehari iaitu jam 10 pagi dan 10 malam.

“Namun, maklumat jika terdapat terkini, kami akan kemas kini maklumat dengan segera untuk orang ramai,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Alui berkata demikian ketika diminta mengulas saranan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang mahu METMalaysi­a meningkatk­an kekerapan hebahan maklumat keadaan cuaca kepada rakyat melalui platform kementeria­n itu termasuk media arus perdana serta media sosial dengan kerjasama METMalaysi­a.

Menjelaska­n mengenai laman web METMalaysi­a, Alui

berkata, medium itu mempunyai pelbagai maklumat berkaitan cuaca antaranya taburan hujan, kelajuan angin, indeks ultra ungu dan ramalan cuaca.

Beliau berkata MetMalaysi­a adalah agensi yang bertanggun­gjawab menyediaka­n maklumat terkini kepada orang ramai dan mereka hanya perlu merujuk kepada infomasi disediakan bagi mengelak kekeliruan.

“Baru-baru ini, tular berhubung suhu terendah dialami negara yang disebarkan menerusi media sosial. Jadi, ingin saya pesan supaya jangan mudah percaya.

“Maklumat sahih berkaitan cuaca boleh diperoleh menerusi laman web, aplikasi myCuaca atau talian 1 300 22 1MET (1638),” katanya. – BERNAMA

 ??  ?? ALUI
ALUI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia